awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua UMNO bahagian di NS tidak terlibat gerakan guling Zahid - Jalaluddin

Sinar Harian
Sinar Harian
05/02/2024
04:50 MYT
Ketua UMNO bahagian di NS tidak terlibat gerakan guling Zahid - Jalaluddin
Jalaluddin berkata, tiada ketua UMNO bahagian di negeri terbabit yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan tertinggi parti. - Gambar fail
SEREMBAN: Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengesahkan tiada ketua bahagian parti itu di negeri berkenaan terlibat dalam gerakan menggulingkan Presiden UMNO.
Beliau berkata, buat masa ini tiada satu pun daripada lapan ketua UMNO bahagian di negeri terbabit yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan tertinggi parti.
"Kita (Negeri Sembilan) ada lapan bahagian saja dan tiada satu pun dalam kalangan mereka yang menyuarakan atau menggambarkan mempunyai tanda-tanda tidak puas hati kepada kepimpinan tertinggi parti.
"Saya dah sebut berkali-kali yang kekuatan dan keutuhan UMNO di Negeri Sembilan, Insya-Allah tidak lagi diganggu gugat oleh mana-mana pihak dan saya yakin dengan kepimpinan UMNO di negeri ini, apatah lagi dengan kerjasama serta sokongan solidariti ketua-ketua UMNO bahagian dan pimpinan di seluruh bahagian," katanya ditemui selepas merasmikan Richiamo Petronas Tiara Sendayan, di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan wujud gerakan menggulingkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang diusahakan ketua bahagian parti itu.
Ujarnya lagi, sama seperti parti lain, sememangnya bukan semua yang bersetuju dengan ketua pimpinan parti mereka.
Bagaimanapun, katanya, kesepaduan dan persefahaman parti terbabit di semua peringkat ketika ini adalah amat baik.
"Saya boleh sahkan bahawa kekuatan UMNO sekarang terutama yang berkaitan dengan kesepaduan di semua kepimpinan sama ada Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Pemuda, Wanita dan Puteri mempunyai satu persefahaman yang sangat baik dan tinggi.
"Cumanya jika ada kes terpinggir, itu saya tak maklum dan saya fikir itu tidak akan jejaskan parti," katanya.
Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, dilapor turut menafikan dakwaan terdapat usaha menggulingkan Ahmad Zahid oleh ketua-ketua bahagian parti itu.
Beliau berkata, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, telah berusaha sebaik mungkin bagi mendapatkan pengampunan penuh untuk Najib yang sedang menjalani hukuman penjara sejak 2022. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#UMNO
#pengampunan Najib
#gerakan guling zahid
#jalaluddin alias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan