Khairuddin Aman Razali tidak akan sertai UMNO

Nur Fazlizai Ali
Mac 20, 2022 00:45 MYT
Buat masa ini, Mohd Khairuddin tidak memikirkan lagi untuk kembali kepada parti itu kerana mempunyai perancangannya sendiri. - Foto fail
KUALA NERUS: Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali teguh dengan pendiriannya dan menegaskan tidak akan menyertai UMNO susulan tindakannya keluar daripada Pas, baru-baru ini.
Bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu berkata, ramai rakan dalam Pas memberi pandangan termasuk memujuknya kembali kepada parti.
Namun buat masa ini, beliau tidak memikirkan lagi untuk kembali kepada parti itu kerana mempunyai perancangannya sendiri.
"Saya tegaskan saya tidak akan masuk UMNO.
"Ya, biasalah dalam keadaan begini memang ramai yang datang, beri pandangan bertanya khbar tapi saya ada prinsip sendiri saya akan umumkan nanti iaitu bergerak ke hadapan selepas istikharah berbincang dengan kawan saya akan umumkan," katanya.
Isnin lalu Mohd Khairuddin mengumumkan keluar daripada Pas berkuat kuasa serta-merta.
BACA: Khairuddin, perincikan dakwaan Pas tidak amal 'budaya politik matang sejahtera' - Takiyuddin
BACA:
Khairuddin Aman Razali umum keluar Pas
Sementara itu Mohd Khairuddin berkata, beliau tidak menyimpan perasaan kecil hati dengan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang kerana Islam mengajak sesama manusia terus berukhwah.
Katanya, hubungan kekal seperti biasa sebagai bekas anak murid kepada murabbi.
Politik | Keluar PAS untuk tegur kepimpinan
#Mohd Khairuddin Aman Razali #PAS #UMNO #Abdul Hadi Awang