awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairuddin Aman Razali umum keluar Pas

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2022
08:20 MYT
Khairuddin Aman Razali umum keluar Pas
Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian Pas 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mengumumkan telah membuat permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas.
Menurut bekas Menteri Perladangan dan Komoditi itu, surat permohonan telah dikemukakan kepada Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan mengikut Perlembagaan parti.
"Merujuk perlembagaan Pas, Fasal 15 (1)(a) peberhentian ahli dengan permintaan sendiri.
"Maka dengan ini saya Mohd Khairuddin Aman Razali pemegang nombor keahlian Pas 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas," katanya. dalam sidang media di Parlimen, pada Isnin.
Khairuddin juga akan menyerahkan semua elaun sebagai Ahli Parlimen untuk waktu berbaki sebelum Parlimen dibubarkan sebagai memenuhi Baiah ketika bertanding pilihanraya.
"Saya mendoakan Pas terus maju jaya sebagai sebuah parti yang membawa agenda Islam dan sebagai muslim saya akan terus memperjuangkan dasar PAS iaitu Islam dan seruan Pas iaitu Allahuakhbar dan tujuan dan usaha Pas sebagaimana yang termaktub Fasa 3,4,5 dan 6 Perlembagaan Pas yang semuanya selaras dengan kehendak Islam," katanya lagi.
Beliau juga menyeru semua ahli Pas agar terus istiqamah dengan perjuangan Pas dan terus memperjuangkan Islam menerusi wadah parti itu.
Khairuddin memaklumkan, beliau juga akan duduk di Blok Bebas di Dewan Rakyat dalam tempoh sebelum Parlimen dibubarkan.
Topic Berkaitan
#Khairuddin Aman Razali
#PAS
#mohon berhenti
#Ahli Parlimen Kuala Nerus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan