awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairuddin digugurkan daripada AJK Pas Pusat - Abdul Hadi

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2022
06:15 MYT
Khairuddin digugurkan daripada AJK Pas Pusat - Abdul Hadi
Menurut Abdul Hadi keputusan tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pada Rabu. - Gambar fail
MARANG: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali digugurkan daripada jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat bagi sesi 2021-2023.
Perkara itu disahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini.
Menurut Abdul Hadi keputusan tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pada Rabu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut punca sebenar pemecatan itu.
“Mestilah ada alasan-alasan, yang dipegang pada parti adalah alasan. Dalam parti ada disiplin, siapa yang tidak ikut disiplin dia boleh dinasihatkan dan boleh ditukar jawatan. Dia bertugas lain dan boleh digantung keahlian dan boleh dipecat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, pada Jumaat.
Jelasnya lagi situasi itu adalah perkara biasa di dalam parti berkenaan.
Pada 23 November lalu, Mohd Khairuddin merupakan antara tiga pemimpin tertinggi Pas yang dilantik semula sebagai AJK Pas bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti di samping Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Topic Berkaitan
#Khairuddin dipecat
#Ahli Parlimen Kuala Nerus
#Abdul Hadi Awang
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan