awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kit Siang akui mustahil bukan Melayu jadi Perdana Menteri

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2023
09:16 MYT
Kit Siang akui mustahil bukan Melayu jadi Perdana Menteri
Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, perkara tersebut tak mungkin tak terjadi biarpun tiada larangan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk bukan Melayu memegang jawatan tersebut. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Adalah mustahil untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, jika tidak mempunyai sokongan sejumlah besar kaum dalam negara, terutama sekali dari orang Melayu, kata veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.
Dalam catatan terbaharu di blognya, bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, perkara tersebut tak mungkin terjadi biarpun tiada larangan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk bukan Melayu memegang jawatan tersebut.
Kit Siang berkata, beliau berbeza pandangan dengan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang melihat perkara itu mungkin terjadi tidak lama lagi.
“Muhyiddin bersetuju dengan kenyataan saya yang mengatakan Perlembagaan Malaysia membolehkan seorang bukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi dia fikir yang perkara ini akan terjadi tidak lama lagi.
“Berbeza dengan pendapat saya yang seorang bukan Melayu tidak akan menjadi seorang Perdana Menteri dalam 100 tahun akan datang dan yang perkara ini mungkin tidak akan terjadi sama sekali.
“Tidak ada sesiapa pun yang akan dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia tanpa sokongan sejumlah besar semua kaum di dalam negara, terutamanya dari orang Melayu,” tegasnya lagi.
Pada Jumaat, Muhyiddin, yang juga Perdana Menteri ke-8 berkata, keputusan untuk memilih seseorang untuk dilantik sebagai perdana menteri ditentukan oleh 222 ahli Dewan Rakyat, bukannya rakyat.
Muhyiddin berkata, mana-mana ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan terpilih menjadi perdana menteri, tidak kira sama ada individu terbabit Melayu ataupun sebaliknya.
Namun, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, sejak merdeka negara sudah mempunyai 10 perdana menteri yang dilantik mengikut peruntukan perlembagaan berkenaan, dan kesemua mereka adalah dalam kalangan orang Melayu.
Dalam pada itu Kit Siang melontarkan persoalan, sekiranya PN dan Bersatu bersedia untuk menyokong pindaan terhadap Perlembagaan Malaysia.
“… mengambil kira pandangan Muhyiddin, adakah PN dan Bersatu bersedia untuk menyokong pindaan terhadap Perlembagaan Malaysia untuk memperuntukkan yang seorang Cina atau India tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia dalam 100 tahun yang akan datang, tetapi akan ada seorang Perdana Menteri Kadazan atau Dayak dalam 100 tahun yang akan datang?” soalnya lagi.
Topic Berkaitan
#Lim Kit Siang
#Perlembagaan Persekutuan
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan