awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kit Siang percaya kerajaan PH boleh tangani penyebaran berita palsu

Bernama
Bernama
26/11/2019
21:45 MYT
Kit Siang percaya kerajaan PH boleh tangani penyebaran berita palsu
Lim berkata beliau sendiri pernah menjadi sasaran penyebar berita palsu di media sosial pada tahun 2017. - Gambar fail
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata beliau percaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) boleh menangani penyebaran berita palsu dan ucapan berbaur kebencian secara berkesan.
Katanya, berita palsu dan ucapan berbaur kebencian itu bukan sahaja boleh menghancurkan Malaysia yang bermasyarakat majmuk, tetapi juga telah dikenal pasti sebagai ancaman eksistensi ketiga terhadap manusia.
"Di Malaysia, atau di seluruh dunia, persoalan mengenai berita palsu, ucapan berbaur kebencian telah mengatasi sifat manusia dan kita sepatutnya berupaya untuk memeranginya," katanya di forum Demokrasi Pada Era Polarisasi di sini pada Selasa.
Lim yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata beliau sendiri pernah menjadi sasaran penyebar berita palsu di media sosial pada tahun 2017, dan isu itu telah menjadi suatu kebiasaan dan kelaziman dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kebelakangan ini, beliau berkata terdapat peningkatan dalam sentimen perkauman dan agama di negara ini, dengan permasalahan itu diburukkan oleh parti-parti tidak bertanggungjawab, pihak yang mengambil kesempatan dan penyebar berita palsu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ancaman eksistensi ketiga
#berita palsu
#DAP
#Demokrasi Pada Era Polarisasi
#kerajaan
#Lim Kit Siang
#media sosial
#Pakatan Harapan
#PH
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan