awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KJ, Noh dipecat, Hishammuddin, Shahril digantung keahlian UMNO

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
27/01/2023
15:32 MYT
KJ, Noh dipecat, Hishammuddin, Shahril digantung keahlian UMNO
Selepas beberapa siri pertelagahan dalaman UMNO, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akhirnya dipecat daripada parti itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Selepas beberapa siri pertelagahan dalaman UMNO, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akhirnya dipecat daripada parti itu, menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi.
Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam tadi yang dipengerusikan Pengerusi UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Ahmad Puad, bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar turut dipecat keahliannya selepas beliau meminta untuk dirinya dipecat kerana tidak mahu dirinya digantung selama enam tahun.
Sehubungan itu, UMNO akur dengan permintaan beliau.
Menurut Puad lagi, ahli-ahli UMNO yang digantung keahlian termasuk Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan.
Turut digantung keahlian selama enam tahun ialah Ahli MKT UMNO Fathul Bari Mat Jahya, bekas Ahli Parlimen Jempol Datuk Salim Mohd Sharif,dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.
UMNO | Parti perlu buat keputusan walaupun pahit
Terdahulu, Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Megat Zulkarnain Omardin memaklumkan, MKT terpaksa memecat keahlian Noh selepas bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu meminta MKT berbuat demikian.
Menurutnya, Noh telah disabitkan dengan enam belas tuduhan sabotaj terhadap parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
UMNO | Pemecatan Noh Omar kerana sabotaj parti - Megat
"Proses (siasatan) itu telah berjalan dan 16 pertuduhan telah dibuat berdasarkan bukti-bukti itu adalah kukuh.
"Saya mesti memperbetulkan ia tiada kaitan dengan soal tidak menyokong usul yang telah dibentangkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022," katanya ketika ditemui media, di sini, selepas mesyuarat itu.
Selain itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, parti itu turut melantik Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu.
MKT turut bertindak memecat lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO bahagian Tanjong Karang dan 26 ahli UMNO dari Pahang.
Antara kesalahan mereka adalah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan membantu parti lawan ketika PRU15.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#UMNO
#MKT UMNO
#bekas Ahli Parlimen Rembau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan