POLITIK
Konspirasi jatuhkan Muhyiddin: Tindakan tegas perlu diambil- Tun Faisal

Menurut Tun Faisal, insiden kekecohan yang berlaku hanya melibatkan segelintir ahli parti dan tidak berlandaskan perlembagaan parti. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil terhadap individu yang mencetuskan provokasi dan kekacauan semasa ucapan dasar Presiden Pengasas parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti itu malam tadi.
Ringkasan AI
- Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal, menegaskan tindakan mesti diambil terhadap individu yang mencetuskan provokasi semasa ucapan dasar Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perhimpunan Agung Tahunan parti.
- Wujud dakwaan pengumpulan tandatangan untuk menjatuhkan Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu, yang disifatkan bercanggah dengan perlembagaan parti.
- Walaupun isu dalaman timbul, kepimpinan Bersatu menegaskan fokus utama parti adalah persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16.
Tun Faisal turut mengulas dakwaan wujudnya gerakan mengumpul tandatangan untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden parti, yang disifatkan sebagai bercanggah dengan perlembagaan Bersatu.
Beliau menegaskan bahawa Bersatu ditubuhkan atas prinsip menentang kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa, dan tidak seharusnya terpesong daripada matlamat asal walaupun berhasrat membentuk kerajaan.
"Kita mahu menang pilihan raya dan membentuk kerajaan tetapi, walaupun hendak sangat membentuk kerajaan, jangan sesekali lupa akan asal usul Bersatu. Jangan lupa, Bersatu ini parti yang berprinsip dan berintegriti. Jangan lupa, Bersatu ditubuhkan untuk menentang kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa.
"Tan Sri Presiden Pengasas, dipecat kerana menentang rasuah dan kleptokrasi semasa berada di singgah sana kuasa," katanya.
Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ini menyaksikan pelbagai isu dalaman diketengahkan, namun kepimpinan parti menegaskan bahawa fokus utama parti untuk kekal kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Semalam, Muhyiddin mendedahkan wujud konspirasi mengutip tandatangan untuk menjatuhkan beliau sebagai Presiden Bersatu.
Beliau sekali gus mengingatkan bahawa tindakan itu adalah bercanggah dengan Perlembagaan parti berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami