awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konvensyen khas PBB petanda PRN Sarawak semakin hampir

Bernama
Bernama
26/09/2020
08:00 MYT
Konvensyen khas PBB petanda PRN Sarawak semakin hampir
Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak menyifatkan konvensyen tersebut sebagai "ulang kaji" sebelum menghadapi "peperiksaan". - Foto Astro AWANI
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) meneruskan siri konvensyen khasnya, kali ini di Betong, menguatkan lagi sangkaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 semakin hampir.
Perhimpunan kedua itu yang menyusuli konvensyen di Miri pada 5 Sept lalu, dihadiri 654 perwakilan daripada 14 cawangan di zon Betong yang mendengar suntikan semangat daripada Presiden parti Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai persiapan menghadapi PRN ke-12.
Dalam analoginya, Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak menyifatkan konvensyen tersebut sebagai "ulang kaji" sebelum menghadapi "peperiksaan".
"Selalunya bila ada exam (peperiksaan), anak murid mesti bersedia buat revision (ulang kaji). Jadi kita hari ini (sedang) melakukan revision dan saya yakin kita akan lulus dengan cemerlang," katanya semasa berucap di konvensyen itu.
Untuk rekod, PBB akan menghadapi PRN ke-12 dengan gabungan baharu - Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang turut disertai tiga lagi parti iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
PBB bertindak keluar daripada Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu. Untuk rekod, penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-11 akan tamat pada Julai 2021.
Sementara itu, Abang Johari yang juga Pengerusi GPS menggesa perwakilan, amnya rakyat Sarawak, untuk tidak meletakkan nasib negeri tersebut di tangan pihak lain.
"Biarlah masa depan Sarawak ditentukan oleh orang Sarawak sendiri," katanya yang disambut tepukan gemuruh perwakilan.
Selain itu, beliau memberi bayangan ada "habuan" bakal menanti rakyat Sarawak yang akan diumumkan apabila GPS diberi mandat pada PRN ke-12.
"Ada yang lebih (baik) lagi daripada cukai lima peratus yang kita kutip daripada Petronas. Biarlah saya simpan dulu, kelak menang saya umumkan," katanya yang turut meluahkan keyakinan kerajaan yang dipimpinnya ketika ini mempunyai hala tuju yang jelas untuk memajukan lagi Sarawak.
Konvensyen itu diisi dengan pembentangan beberapa tajuk menarik, antaranya "Perkongsian Strategik: Pembangunan Infrastruktur" oleh Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi diikuti "Projek Utiliti: Bekalan Elektrik dan Bekalan Air Bersih di Luar Bandar" oleh Menteri Utiliti Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
Selepas Betong, konvesyen PBB dijadualkan di dua lagi lokasi, iaitu Sibu dan Kuching.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen Parti PBB dan Pengerusi Jawatankuasa Khas Parti PBB Zon Betong Datuk Amar Douglas Uggah turut hadir.
Dalam pada itu, Abang Johari berkata kerajaan Sarawak dalam proses mengambil alih beberapa kawasan pertanian di Betong yang ketika ini di bawah Tabung Haji Plantation.
"Proses rundingan sedang berlangsung. Sudah memasuki fasa menetapkan harga pembeliannya dan dalam masa terdekat ini akan diambil oleh kerajaan kita (Sarawak)," katanya.
Menurutnya menjadi hasrat kerajaan Sarawak untuk membangunkan kawasan Betong itu sebagai hab pertanian, justeru beberapa inisiatif berimpak tinggi perlu diambil bagi mencipta peluang pekerjaan dan keusahawanan khususnya dalam perniagaan berasaskan pertanian.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Bersih
#Bumiputera
#cukai
#kerajaan
#Ketua Menteri
#Kuching
#PBB
#peperiksaan
#perhimpunan
#Petronas
#pilihan raya umum
#presiden
#rakyat
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan