KUALA LUMPUR: Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Mengenai Pendanaan Politik sedia mengadakan pertemuan dan menjalin kerjasama dengan kerajaan bagi memastikan Rang Undang-Undang Sumbangan Politik dapat disiapkan sekali gus dibentang di Parlimen dalam masa terdekat.
Pengerusi KRPPM Ahmad Fadhli Shaari berkata sebagai badan yang diiktiraf Parlimen, kumpulan itu sedia memainkan peranan sebagai wadah perbincangan mengenai pengawalseliaan sumbangan politik yang melibatkan Ahli Parlimen, senator, organisasi masyarakat sivil (CSO) serta pihak berkepentingan.
"Pada ketika ini, kami sedang meneliti undang-undang yang diguna pakai di negara lain serta cadangan pakar berhubung Rang Undang-Undang Pendanaan Politik yang sesuai bagi konteks demokrasi di Malaysia.
"Banyak kajian dilakukan sejak 2009 oleh pakar yang juga merupakan ahli KRPPM kami. Pembentangan rang undang-undang ini tidak sepatutnya dilengahkan lagi malah patut disegerakan demi kelestarian demokrasi negara kita," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga yakin rang undang-undang itu merupakan langkah positif dalam memastikan demokrasi negara selamat daripada pengaruh luar mahupun kumpulan tertentu selain menambah baik usaha Malaysia membanteras rasuah di peringkat akar umbi.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Rang Undang-Undang Sumbangan Politik secara dasarnya telah dipersetujui untuk dilaksanakan dan skopnya akan dibentang pada mesyuarat Jemaah Menteri.
Beliau berkata rang undang-undang itu penting kerana sehinga kini, masih tiada undang-undang atau peraturan dalam negara yang mengawal selia pembiayaan politik.
Ahmad Fadhli menyifatkan persetujuan untuk membentangkan skop dasar bagi rang undang-undang berkaitan pengawalseliaan sumbangan politik dalam mesyuarat Jemaah Menteri adalah perkembangan baik memandangkan penggunaan wang dalam politik yang tidak terkawal merupakan antara punca gejala rasuah semakin meruncing.
KRPPM Mengenai Pendanaan Politik, yang diluluskan Dewan Rakyat pada 20 April lepas, adalah untuk mewujudkan satu sarana supaya Ahli Parlimen, senator dan CSO dapat mengadakan perbincangan serta mempertimbang kepentingan pembaharuan pendanaan politik di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Ahmad Fadhli yakin RUU itu merupakan langkah positif dalam memastikan demokrasi negara selamat daripada pengaruh luar. - Gambar fail

Lawan kelab ternama, rindu budu matangkan pemain muda negara di Sepanyol
Bermain menentang pasukan bola sepak ternama di Sepanyol adalah antara pengalaman manis buat pemain muda negara Allee Putra Azril sepanjang dua tahun 'berguru' di Akademi Malaga City FC.

Chong Wei harap raketnya bawa 'ong' kepada Tze Yong teruskan legasi
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap penyerahan raket miliknya kepada pemain sedang meningkat, Ng Tze Yong membawa 'ong' (tuah) kepada pemain muda itu.

Libat urus MAFI dengan pihak berkepentingan pastikan bekalan ayam mencukupi - Ronald
Ronald berkata penternak dan pengusaha ladang-ladang penternakan ayam telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara.

Pejuang sudah bersedia untuk PRU15: Dr Mahathir
Pejuang akan memberikan saingan kepada parti lain yang bertanding dengan meletakkan calon.

Polis buka kertas siasatan kanak-kanak tercampak dari kereta
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'
Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Salleh dianggap Asyraf Wajdi sebagai 'sudah mati rasa.'

Minyak Masak Subsidi | Salah guna peniaga sumbang kepada kenaikan harga
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa mendakwa berlaku penyelewengan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram. Katanya, minyak bersubsidi yang dikhaskan untuk penggunaan di rumah, digunakan oleh golongan peniaga.

Isu Gugur Kandungan | Google padam sejarah lokasi pengguna, elak tindakan
Gergasi teknologi, Google akan memadam sejarah lokasi pengguna yang melawat klinik untuk menggugurkan kandungan. Ini bagi melindungi mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang, selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengharamkan pengguguran kandungan baru-baru ini.

Kerjasama dengan GRS, BN Sabah akan tentukan, tidak mahu ditipu - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah akan menentukan hala tuju mereka bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

AWANI Ringkas: Pelantikan Tajuddin sebagai duta besar mendapat perkenan Agong - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KRPPM sedia bekerjasama, pastikan RUU Sumbangan Politik dibentang di Parlimen
Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Mengenai Pendanaan Politik sedia mengadakan pertemuan dan menjalin kerjasama dengan kerajaan bagi memastikan RUU Sumbangan Politik dibentang di Parlimen

Skop dasar RUU Sumbangan Politik akan dibentang pada mesyuarat Kabinet - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Rang Undang-undang Sumbangan Politik secara dasarnya telah dipersetujui untuk dilaksanakan.