awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Label tiga pemimpin Pas 'jahanam' keterlaluan - Tuan Ibrahim

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
21/03/2022
10:08 MYT
Label tiga pemimpin Pas 'jahanam' keterlaluan - Tuan Ibrahim
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sifatkan, kenyataan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman itu sebagai keterlaluan. - Gambar Astro AWANI
AYER KEROH: Kenyataan perwakilan UMNO Kelantan yang mendakwa tiga pemimpin Pas sebagai ‘jahanam’ pada pentas Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU) baru-baru ini bersifat dangkal.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan, dakwaan yang jelas mengaitkan tiga pemimpin termasuk presiden parti itu juga adalah keterlaluan.
“Saya menolak kenyataan tersebut kerana pada saya agak melampau dan kita (perlu) hormati parti-parti politik.
“Tidak boleh lah label atau letak apa-apa istilah kerana bagi saya itu hak parti Pas dan parti lain tidak boleh campur (urusan),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Batu Berendam, Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB) kepada Indah Water Konsortium SDN BHD di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kecaman dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman yang menganggap UMNO tidak boleh bekerjasama dengan Pas selagi ada ‘tiga jahanam’ yang memimpin parti itu.
Tiga pemimpin yang dipetik itu ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Zawawi mendakwa, ketiga-tiga pemimpin terbabit digelarkan begitu kerana dianggap ‘bermulut jahat.’
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, apa yang keluar dari mulut Zawawi itu tidak boleh diterima dan tidak sepatutnya pemimpin UMNO itu mencampuri urusan parti lain.
“Tidak perlulah kita labelkan sebegitu sekali kerana pada saya amat tidak manis dan jelas tidak bertepatan dengan budaya orang Melayu pun,” tambah beliau lagi.
Topic Berkaitan
#tiga jahanam
#PAS
#Abdul Hadi Awang
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan