ALOR SETAR: Cakap-cakap politik berkait spekulasi 'Langkah Dubai' hari ini masih lagi kedengaran biar pun tiada sebarang bukti signifikan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini tampil mengesahkan bahawa wujud gerakan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.
Sambil bertegas dengan pendirian bahawa bakal berlaku peralihan sokongan, menurut Sanusi, sebarang usaha mengalih sokongan ahli-ahli parlimen adalah mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
"(Kerajaan ini) tidak (akan) bertahan sampai lima tahun (ataupun sehingga habis penggal), mereka akan tumbang, saya (nak maklumkan bahawa saya) tahu (bila tarikh Kerajaan Perpaduan tumbang) tetapi tidak boleh 'habaq' (beritahu kepada umum), (perubahan kerajaan adalah) menerusi peralihan sokongan (yang) akan berlaku.
"(Sebenarnya) mereka pun yakin mereka akan jatuh, mereka 'kelupoq' (sedang menggelupur), muka sorang-sorang pucat sahaja, cuba pergi tengok menteri-menteri, muka semua pucat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Kedah turut mendakwa bahawa usaha untuk menukar kerajaan yang dilakukan ketika ini mendapat sokongan daripada majoriti rakyat.
"Bila kita lemparkan perkara ini dalam kalangan orang ramai, tidak ada yang membantah, yang gusar (itu hanya) seorang dua yang akan hilang kuasa sahaja, tetapi rakyat menyambutnya dengan baik.
Namun, Sanusi menambah, Langkah Dubai hanya satu 'dummy' sahaja.
"Saya kata agak-agak sahaja, takkan semua perkara nak ke Dubai, bincang, kalau bincang di Chow Kit, jadi Langkah Chow Kit sebab di Kuala Lumpur," katanya.
Dua hari lalu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendirian kekal teguh memastikan Kerajaan Perpaduan kekal dan tidak berminat menyertai 'Langkah Dubai'.
Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, GPS akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal.
Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mengesahkan menerima laporan risikan berkaitan isu ini. Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa isu ini tidak memberi kesan sebaliknya Kerajaan Perpaduan kekal dengan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sebelum ini menyifatkan drama 'Langkah Dubai' tidak memberi kesan kepada kestabilan Kerajaan Perpaduan dan kekal fokus menerajui agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat dan negara.
Astro Awani
Wed Jan 03 2024

Muhammad Sanusi mendakwa bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertahan sehingga tamat penggal ini. - Gambar fail

Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.

Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.

Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.

Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.

#AgongKita: Apa jaminan tukar PM, kerajaan tiap tahun? - Al-Sultan Abdullah
Al-Sultan Abdullah berpandangan, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan proses peralihan kerajaan seperti melalui pilihan raya.

Raja Petra tiada kredibiliti ulas isu politik semasa, kata Saifuddin
Katanya, Raja Petra yang membawa diri ke luar negara setelah berdepan proses mahkamah menunjukkan tidak berwibawa memberi sebarang ulasan.

Zahid cadang gubal RUU bagi kekalkan kerajaan sehingga habis penggal
Satu Rang Undang-undang (RUU) baharu perlu dirangka, bagi memastikan sebuah kerajaan yang wujud sama ada menerusi parti yang dominan atau gabungan dikekalkan sehingga akhir penggal.

Ahli pembangkang tak tahu Langkah Dubai - Hamzah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa ahli pembangkang tidak mengetahui tentang Langkah Dubai seperti yang hangat diperkatakan kini.

Langkah Dubai: Polis KL terima 13 laporan hari ini - Allaudeen
Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini menerima 13 laporan berhubung gerakan 'Langkah Dubai' yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Langkah Dubai sekadar politik 'cemas', pembangkang hilang modal - PM Anwar
Pembangkang tidak mempunyai kekuatan untuk membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen, kata Anwar.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Januari 2024.

GRS enggan terlibat dengan mana-mana 'langkah' tumbangkan kerajaan
Datuk Seri Hajiji Noor berkata GRS kekal memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Langkah Dubai: Jumlah laporan polis diterima meningkat kepada 75 - Mohd Shuhaily
Sebanyak 75 laporan polis telah diterima berhubung Langkah Dubai, yang dikatakan sebagai gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Langkah Dubai: Polis akan panggil Papagomo, Che'Gu Bard dan Salim Iskandar - Razarudin
Polis akan memanggil tiga pempengaruh media sosial untuk memberi keterangan berhubung gerakan "Langkah Dubai" yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar.