awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL pastikan tiada ‘middleman’ ambil kesempatan tapak bazar Ramadan - Hannah Yeoh
Tehran sedia untuk perjanjian nuklear adil, saksama, kata diplomat kanan Iran
Suspek bunuh teman wanita sudah sedar, dipantau rapi - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkah Masir Kujat: Tiada individu yang lebih penting daripada parti - PSB

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
31/03/2022
06:12 MYT
Langkah Masir Kujat: Tiada individu yang lebih penting daripada parti - PSB
Masir meninggalkan PSB dan menyokong pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas alasan mahu menstabilkan negara. - Foto Bernama
KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) yakin masih mampu melakukan yang terbaik dan tidak akan goyah biarpun kehilangan Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat susulan keputusannya untuk keluar parti pada Rabu.
Tegas Sekretariat PSB, tiada individu yang lebih besar daripada parti dan rakyat, walau bagaimanapun pihak parti menghormati keputusan Masir meninggalkan PSB walaupun beliau menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Parti kita boleh berjaya tanpa pemimpin seperti Datuk Masir. Dengan kebesaran hati ini, kami menerima keputusan YB Datuk Masir Kujat untuk meninggalkan parti sebagai sebahagian daripada proses demokrasi dan mendoakan yang terbaik untuk beliau pada masa hadapan.
“Sejujurnya, PSB adalah parti bukan semata-mata bersandarkan seorang pemimpin atau individu dan kami percaya ini juga peluang untuk kami melatih bakal pemimpin kami yang sedang menunggu dalam barisan kami untuk memikul tanggungjawab yang lebih tinggi dalam PRU15 akan datang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tambahnya, dengan semangat setiakawan dan sokongan rakyat Sarawak, PSB akan terus bergerak sehaluan dengan hala tuju menjadi parti yang bertanggungjawab serta dihormati yang mampu menyediakan alternatif kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memerintah.
“Sokongan 139,515 rakyat Sarawak terhadap PSB semasa pilihan raya negeri baru-baru ini telah memberikan kita harapan dan keyakinan untuk masa depan.
“Itu mewakili 18.69 peratus daripada jumlah undi yang dibuang dan telah meletakkan PSB sebagai parti dengan jumlah undian kedua tertinggi, selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB),” katanya.
Terdahulu Masir yang telah menjadi wakil rakyat Sri Aman sejak tahun 2008 telah mengumumkan keluar PSB atas faktor ketidakstabilan politik negara dan mahu mengenepikan politik untuk memberi fokus menstabilkan negara.
Topic Berkaitan
#Datuk Masir Kujat
#Parti Sarawak Bersatu PSB
#ismail sabri yaakob
#Gabungan Parti Sarawak GPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan