UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

LAPOR LANGSUNG: Mampukah Ahli Parlimen berhenti main politik selepas titah Agong?

Titah YDP Agong agar pemimpin politik termasuk ahli Parlimen tidak tidak berpolitik berlebihan perlu diberi perhatian sepenuhnya.

Astro Awani
Saranan YDP Agong agar pemimpin politik termasuk ahli Parlimen tidak tidak berpolitik berlebihan perlu diberi perhatian sepenuhnya. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Mohd Amar dakwa ada cubaan gagalkan belanjawan

Tue Oct 27 2020

Cubaan untuk tidak menyokong Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan bukan sahaja merugikan negara bahkan rakyat keseluruhannya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian berikutan dakwaan ada cubaan sebahagian Ahli Parlimen menolak belanjawan kali ini bagi menjejaskan kedudukan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pas setia dengan kepimpinan Muhyiddin - Takiyuddin

Mon Oct 26 2020

Pas menyatakan sokongan penuhnya kepada kepimpinan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan pada lewat Isnin berkata pendirian itu adalah bagi memastikan keselamatan, kehidupan ekonomi serta ketenteraman negara dan rakyat terjamin.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

UMNO terus sokong kerajaan PN, saran agar Rekonsiliasi Nasional segera dilaksanakan

Mon Oct 26 2020

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengambil keputusan akan terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, UMNO turut mengekalkan keputusan terdahulu iaitu tanpa kerjasama PKR dan DAP.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Najib akui usul rundingan dengan Anwar, MT UMNO perhalusi cadangan itu

Mon Oct 26 2020

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau adalah Ahli Parlimen yang mencadang rundingan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti mana yang dilaporkan beberapa media sebelum ini.

Namun, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, rundingan itu termasuk dengan semua parti politik kecuali DAP, dan laporan yang beliau ‘mendesak’ BN untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri adalah kurang tepat.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Benarkah Najib jadi 'kunci' kemaraan Anwar, DAP?

Mon Oct 26 2020

Tanda tanya apa langkah yang akan dilakukan Barisan Nasional (BN) dalam situasi politik semasa pasti menjadi antara topik utama perbualan rakyat di alam nyata mahupun netizen di dunia maya.

Bilangan 41 kerusi milik BN jangan sesekali dinafikan kekuatannya boleh menentukan jatuh atau kekalnya kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Mesyuarat MP BN: Hishammuddin, Mastura tolak cadangan sokong Anwar

Mon Oct 26 2020

Cadangan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya, disahkan telah dibangkitkan oleh seorang Ahli Parlimen yang menyertai perjumpaan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Seorang sumber memberitahu Astro AWANI bahawa Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein antara yang menentang cadangan itu.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pejuang sanggup kerjasama untuk tangani COVID-19 - Tun Mahathir

Mon Oct 26 2020

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sanggup bekerjasama dalam usaha semua pihak menangani ancaman wabak COVID-19, kata pengasasnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir menjelaskan Pejuang akan patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politiking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pembangkang akan sokong RUU yang bawa kebaikan - Fahmi Fadzil

Mon Oct 26 2020

Usul-usul atau Rang Undang-undang (RUU) yang membawa kebaikan kepada rakyat sentiasa disokong oleh Ahli Parlimen pembangkang, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

Menyokong hujahnya, Fahmi berkata, ketika sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Ahli-ahli Parlimen pembangkang menyokong RUU berkaitan COVID-19.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Peletakan jawatan Muhyiddin antara agenda perbincangan BN

Mon Oct 26 2020

Persoalan mengenai isu peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteru akan dibincangkan dalam mesyuarat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Mengesahkan perkara itu, Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau ingin mendengar pandangan konsesus BN mengenai perkara itu terlebih dahulu.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

DAP sedia kerjasama dengan Muhyiddin jika Hamzah, Azmin letak jawatan

Mon Oct 26 2020

Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai peluang terbaik untuk menjadikan Parlimen tempat untuk lakukan kerjasama jujur, perbincangan dan mentadbir bersama-sama dengan parti pembangkang, demi kebaikan negara, kata Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong.

Menurut beliau, kerajaan tidak seharusnya takut dengan Parlimen dan tidak boleh lagi melayan pembangkang seperti musuh negara.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu menegaskan, bagi merealisasikan kerjasama itu, Muhyiddin harus 'mengorbankan' Menteri Perdaganan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Dua presiden parti PN selesai bertemu Muhyiddin

Mon Oct 26 2020

Dua presiden parti Gabungan Perikatan Nasional (PN) selesai mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertemuan itu berlangsung selama dua jam di pejabat Muhyiddin di sini.

Muhyiddin jumpa ketua parti politik sebelum Mesyuarat Khas Menteri Kabinet

Mon Oct 26 2020

Tumpuan media di kawasan pintu masuk Bangunan Perdana Putra sejak awal pagi tadi mendapati beberapa pemimpin utama parti turut kelihatan memasuki Bangunan Perdana Putra termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden MIC, Tan Sri S. A Vigneswaran.

Kedua-dua pemimpin parti itu dipercayai mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin pada pukul 9.30 pagi sebelum beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet.

Sementara itu, Perdana Menteri dalam masa sama turut dijadual mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet bagi membincangkan lebih lanjut isu sama.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PM turut adakan perjumpaan dengan ketua parti politik

Mon Oct 26 2020

Difahamkan, Perdana Menteri @MuhyiddinYassin turut mengadakan perjumpaan dengan ketua parti politik dipercayai membincangkan isu sama membabitkan penolakan pengisytiharan darurat. @501Awani #AWANINews #AWANITerkini #HapusCOVID19

— SMFauzi (@FauziSuhaimi) October 26, 2020

Muhyiddin pengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Perdana Putra

Mon Oct 26 2020

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Bangunan Perdana Putra, di sini, kira-kira jam 9.20 pagi tadi. @501Awani #AWANINews >&ref_src=twsrc%5Etfw">#AWANITerkini #HapusCOVID19 pic.twitter.com/6uqpyrsbtG

— SMFauzi (@FauziSuhaimi) October 26, 2020

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran tiba di Bangunan Perdana Putra

Mon Oct 26 2020

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran tiba di Bangunan Perdana Putra  diikuti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mesyuarat Khas Kabinet dijangka berlangsung pagi ini

Mon Oct 26 2020

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Bangunan Perdana Putra, di sini, kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

Beliau dijangka mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pagi ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Hadi Awang tiba di Perdana Putra

Mon Oct 26 2020

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat memasuki bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi ini pic.twitter.com/knWz4wBdgz

— BERNAMA (@bernamadotcom) October 26, 2020

Kenderaan PM tiba di Perdana Putra

Mon Oct 26 2020

[Video] Kenderaan Perdana Menteri Tan Sri @MuhyiddinYassin dilihat memasuki perkarangan bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada pukul 9.20 pagi ini. pic.twitter.com/SpkIchg1qh

— BERNAMA (@bernamadotcom) October 26, 2020

Hentikan percaturan politik, tunggu pandemik COVID-19 reda - Penganalisis

Sun Oct 25 2020

Hentikan segala percaturan politik untuk menjatuhkan kerajaan atau menukar Perdana Menteri, dan tunggu sehingga pandemik COVID-19 reda, gesa penganalisis.

Ini susulan peringatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu supaya ahli politik menghentikan segera segala politiking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

BACA BERITA LANJUT DI SINI

Masa untuk hentikan politiking, elak kerajaan hilang fungsi - Pensyarah kanan

Sun Oct 25 2020

Peringatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya ahli-ahli politik menghentikan segera politiking yang boleh menggugat kestabilan negara seharusnya dipandang serius semua pihak demi kesejahteraan rakyat.

Penekanan Seri Paduka kepada Belanjawan Negara 2021 dalam kenyataan Istana Negara pada Ahad, juga dilihat bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya situasi 'government shutdown' atau kerajaan hilang fungsi akibat perbuatan politiking.

BACA BERITA LANJUT DI SINI

Menteri Kabinet, orang kenamaan tinggalkan kediaman Muhyiddin selepas pertemuan hampir 3 jam

Sun Oct 25 2020

Pertemuan beberapa menteri Kabinet dan orang kenamaan di kediaman peribadi Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, di sini, berakhir hampir jam 11 malam tadi.

Beberapa kenderaan menteri Kabinet mula dilihat meninggalkan kediaman perdana menteri sekitar jam 11.20 malam setelah bermesyuarat sejak jam 8 malam.

BACA PENUH DI SINI

Media berkumpul di luar kediaman PM

Sun Oct 25 2020

Petugas media sudah mula berada di luar kawasan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara ketika ini. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/KAD8X00Dmv

— Fareez Azman (@FareezAzmann) October 25, 2020

Keutamaan kerajaan ketika ini lindungi rakyat daripada COVID-19 - Muhyiddin

Sun Oct 25 2020

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan akan berbincang lebih lanjut mengenai titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berpendapat tiada keperluan melaksanakan darurat ketika ini.

Beliau dalam satu kenyataan malam ini berkata, kerajaan turut mengambil maklum mengenai kenyataan Istana Negara berhubung perkara itu.


BACA BERITA LANJUT DI SINI

UMNO seru perdamaian politik, gesa penyertaan semua pihak - Zahid

Sun Oct 25 2020

UMNO menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu atas kebijaksanaan dan kearifan mendepani kemelut politik negara.

Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan malam ini berkata, sejajar dengan titah baginda, beliau berharap seluruh kepimpinan parti politik menumpukan usaha menangani pandemik COVID-19.

BACA BERITA LANJUT DI SINI

Hayati titah Agong henti politiking - Anwar Ibrahim

Sun Oct 25 2020

Saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar pemimpin politik termasuk ahli Parlimen tidak berpolitik berlebihan perlu diberi perhatian sepenuhnya, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan malam ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, tokoh politik termasuk ahli Parlimen harus prihatin dan menggalas tanggungjawab sesuai dengan semangat Perlembagaan dan kebertanggungjawaban kepada rakyat, insitusi Parlimen dan negara.

BACA BERITA LANJUT DI SINI

Tiada darurat: Hayati titah Agong, tumpu Belanjawan 2021 - UMNO

Sun Oct 25 2020

Titah Yang di-Pertuan Agong agar semua ahli Parlimen berhenti bermain politik dan memberi perhatian kepada kebajikan rakyat perlu diambil serius semua pihak, kata Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata Al-Sultan Abdullah juga bertitah agar keutamaan diberikan kepada Belanjawan 2021 yang akan menjadi sebuah dokumen yang sangat penting bagi negara dalam era pandemik ini.

BACA BERITA LANJUT DI SINI


Ketepi politik, bersatu perangi COVID-19 - DAP

Sun Oct 25 2020

Keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk tidak memperkenan permohonan pelaksanaan darurat memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dalam reaksi susulan kenyataan Istana Negara itu, Guan Eng berkata, ia menzahirkan keprihatinan Tuanku terhadap kegelisahan rakyat sejak kebelakangan ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tiada darurat: Annuar Musa junjung kasih titah Agong

Sun Oct 25 2020

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan mengisytiharkan darurat di negara ini.

Menerusi ciapan di Twitter, Annuar yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menghargai keyakinan baginda terhadap keupayaan kerajaan menangani COVID-19.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tiada darurat: Titah Agong perlu menjadi penegasan, pengajaran - Khaled Nordin

Sun Oct 25 2020

Keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan darurat dilaksanakan di negara ini disifatkan bijaksana.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan media, berkata ia sekali gus bermakna peruntukan Perlembagaan Persekutuan tidak digunakan tanpa pertimbangan mendalam.

BACA  BERITA LANJUT DI SINI

Amanah yakin keputusan YDP Agong tolak darurat penuh hemah dan bijaksana

Sun Oct 25 2020

Parti Amanah Negara (Amanah) menjunjung kasih keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja yang menolak permohonan untuk Pengisytiharan Darurat.

Presidennya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu berkata, keputusan itu diyakini dibuat dengan penuh hemah dan kebijaksanaan demi kepentingan rakyat.

BACA  BERITA LANJUT DI SINI

Tiada keperluan isytihar darurat, berhenti politiking - Agong

Sun Oct 25 2020

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia buat masa ini.

Seri Paduka Baginda sebaliknya mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politiking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

BACA BERITA LANJUT DI SINI

#darurat#Darurat Malaysia#Yang di-Pertuan Agong#Muhyiddin Yassin#Al-Sultan Abdullah#Perlembagaaan Malaysia#Majlis Raja-Raja#COVID-19#Belanjawan 2021
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.