KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhak untuk melarang mana-mana pihak membicarakan isu berkenaan 3R (agama, raja, kaum).
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana larangan 3R oleh kerajaan itu terlalu umum.
Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa membelakangkan undang-undang.
“Ramai juga yang menyoal kenapa saya marah sangat terhadap larangan bercakap berkenaan 3R – iaitu race (bangsa), religion (agama) dan royalty (raja).
“Bukankah kerajaan berhak melarang sesuatu. Tidak. Kerajaan tidak boleh larang apa-apa melainkan ia ada kaitan dengan keselamatan negara,” katanya menerusi Facebooknya pada Selasa.
Jelas Dr Mahathir, larangan 3R terlalu umum malah tidak dijelas kenapa dan bagaimana bercakap berkenaan 3R boleh mencetus bahaya terhadap negara.
“Apakah kalau saya kata “saya orang Melayu” maka ia mengancam keselamatan negara. Jika saya kata
“orang Melayu menghadapi masalah” maka saya dianggap sebagai pemberontak yang polis perlu soal saya.
“Saya kata saya beragama Islam, maka ini juga melanggar arahan Perdana Menteri.
“Kalau saya salah maka Perlembagaan juga salah kerana Perlembagaan menyebut “Islam” sebagai agama rasmi Malaysia.
“Salahkah kalau saya kata kita punyai “Raja Berperlembagaan”? soal beliau.
Tegas beliau, larangan yang dibuat terlalu umum sehingga rakyat takut disalahkan apabila menyebut.
“Polis ikut penceramah seolah-olah hendak cekup mereka. Ini tidak sihat. Rakyat berhak bercakap berkenaan masalah mereka.
“Apa gunanya pilihan raya jika masalah rakyat tidak boleh disuarakan oleh rakyat dan oleh calon yang berjuang untuk rakyat,” katanya.
Bahkan kata Dr Mahathir, apa hak Perdana Menteri membuat larangan.
Menurut beliau, negara ditadbir mengikut undang-undang dan setiap suatu yang hendak diperbuat oleh kerajaan ada caranya.
Ujarnya, negara kita mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
“Ada cara tertentu untuk melulus undang-undang. Perdana Menteri bukan bebas untuk membuat undang-undang. Polis dan SPRM juga tidak bebas bertindak sesuka hati. Semua gerakan Kerajaan mempunyai cara dan undang-undang yang perlu diikuti.
“Cara manakah yang dibuat oleh Perdana Menteri dengan tiba-tiba merampas hak rakyat dan hak parti-parti politik bercakap.
“Cuma pemerintahan kuku besi sahaja yang memberi kuasa tanpa had kepada pemerintah. Sudahkah kita sampai ke peringkat itu?
“Itu soalannya. Lebih-lebih lagi pelakunya ialah seorang reformis yang kononnya menolak cara pemerintahan kuku besi," tegasnya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 29 2023
Jelas Dr Mahathir, larangan 3R terlalu umum malah tidak dijelas kenapa dan bagaimana bercakap berkenaan 3R boleh mencetus bahaya terhadap negara. - Gambar fail/Astro AWANI
Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan
Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil alih peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak.
Malaysian Tigress belasah Vietnam 25-0 di Piala Asia 2024
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan bermula langkah kanan pada aksi Kumpulan A Piala Asia 2024 apabila membelasah Vietnam 25-0 di Chonburi Thailand hari ini.
GPS kemuka cadangan tambahan 4 kerusi DUN baharu Sarawak kepada SPR
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk penambahan empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
GPS harap PM pertimbang wakil Sarawak Speaker Dewan Negara
GPS berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertimbangkan wakil dari Sarawak bagi mengisi kekosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara susulan kematian Datuk Mutang Tagal.
Pantau Agenda Reformasi: Pasca Kuala Kubu Baharu Memilih
Penyerang bersenjata lepas tembakan di sebuah kedai di Mexico, 8 terbunuh
Penyerang bersenjata telah melepaskan tembakan di sebuah kedai di perbandaran Huitzilac, di negeri Morelos, tengah Mexico, mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.
Mohd Syahrul Ishak dilantik CEO Al Rajhi Bank
Al Rajhi banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd melantik Mohd Syahrul Ishak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.
Pemulihan sektor pembuatan kekal kukuh
Pemulihan dalam pembuatan dijangka kekal utuh walaupun Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia perlahan iaitu 2.4 peratus pada mac berbanding 3.1 peratus pada Februari.
Larangan sentuh isu 3R terlalu umum - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak berhak untuk melarang mana-mana pihak membicarakan isu berkenaan 3R (agama, raja, kaum).