awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 500 perwakilan saksikan perasmian serentak Kongres AMK, Wanita

Bernama
Bernama
22/05/2025
22:30 MYT
Lebih 500 perwakilan saksikan perasmian serentak Kongres AMK, Wanita
Perwakilan mendengar ucapan yang disampaikan Fuziah pada perasmian serentak Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan sempena Kongres Nasional PKR di sebuah hotel di Johor Bahru semalam. --fotoBERNAMA
PENAMPANG: Lebih 500 perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi hadir mengikuti ucapan perasmian serentak Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita yang disiarkan secara langsung dari Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC), di sini.
Suasana berlangsung riuh dengan tepukan dan sorakan perwakilan semasa Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh menyampaikan ucapan perasmian yang menyentuh keperluan ahli parti menolak sebarang perbezaan dan memperkukuh hubungan dalam parti.
Perwakilan juga tampak bersemangat apabila Fuziah membicarakan tentang kepentingan memperkukuh parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun ini.
Safina Masidin, 45, dari Cabang PKR Tuaran menyifatkan, seruan untuk merapatkan saf dalam parti sebagai tepat pada masanya, terutamanya menjelang PRN.
"Kita sebagai ahli parti perlu mendengar seruan pimpinan tertinggi ini. Penyatuan dalam parti amat penting untuk kita terus bergerak sebagai sebuah pasukan yang kuat," katanya, sambil menegaskan bahawa ahli PKR di Sabah bersedia membantu memperkukuh parti di peringkat akar umbi dan menyokong usaha memperjuangkan agenda reformasi.
Bagi Mohd Azrul Mohd Taib, 39, dari Cabang PKR Sepanggar, beliau berkata, sesuai dengan seruan itu, PKR Sabah perlu memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan dalam menghadapi PRN akan datang.
"Kita perlu fokus kepada isu-isu yang dekat dengan hati rakyat Sabah seperti infrastruktur, peluang pekerjaan untuk belia dan pembangunan luar bandar. Saya yakin PKR mempunyai penyelesaian untuk isu-isu ini," katanya.
Kongres Nasional PKR 2024/2025 bermula malam tadi dengan perasmian serentak AMK dan Wanita.
Kedua-dua sayap itu akan memulakan kongres masing-masing hari ini dengan ucapan dasar Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim dan Ketua Wanita, Fadhlina Sidek, diikuti sesi perbahasan sebelum penggulungan oleh Setiausaha, Naib Ketua, Timbalan Ketua dan Ketua sayap.
Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyempurnakan perasmian Kongres Nasional PKR malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kongres Wanita PKR
#Fuziah Salleh
#kongres amk
#kongres nasional PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami