Wanita Gerakan berpandangan jika pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diadakan pada bulan Ramadan ini ia akan menjadi pilihan raya yang bebas daripada fitnah, tohmahan dan caci-maki.
Ketuanya Datuk Tan Lian Hoe berkata parti itu juga tidak mempunyai masalah sekiranya PRU diadakan pada bulan berkenaan kerana sekalipun ramai yang berpuasa terbukti ibadat itu tidak mengganggu perjalanan pilihan raya berdasarkan pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
"Saya ingat ia lebih aman sebab waktu pilihan raya adalah untuk kita memilih pemimpin yang berkaliber, pemimpin yang berintegriti tinggi dan bukan sewaktu kempen untuk mencaci-maki sesuatu parti atau calon," katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina di Pusat Aktiviti Warga Emas di Pusat Transformasi Bandar, di sini hari ini.
Beliau juga menolak tanggapan PRU14 pada bulan Ramadan akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
BACA: PRU14 pada bulan Ramadan: Siapa untung?
"Apa yang penting, rakyat hanya mahu calon yang bertanding boleh membantu mereka dan bukan seorang yang hanya pandai menabur janji tetapi janji tidak dikotakan," katanya.
Sementara itu, Tan berharap isu melibatkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menimbulkan kemarahan masyarakat Cina baru-baru ini dapat diselesaikan secara dalaman oleh UMNO sendiri.
Ini kerana katanya perkara itu membabitkan sensitiviti kaum.
Baru-baru ini, tindakan Mohamed Nazri mengenakan baju hitam pada sambutan Tahun Baharu Cina 2018 di Amanjaya Mall, Kedah mencetuskan kontroversi kerana didakwa sengaja melanggar pantang larang kaum Cina.
Menteri itu juga turut mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menyinggung perasaan kaum Cina di negara ini apabila mengulas tentang hartawan Robert Kuok yang didakwa oleh seorang penulis blog sebagai membiayai pelbagai parti politik untuk menggulingkan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 05 2018
TAN: Saya ingat ia lebih aman sebab waktu pilihan raya adalah untuk kita memilih pemimpin yang berkaliber, pemimpin yang berintegriti tinggi dan bukan sewaktu kempen untuk mencaci-maki sesuatu parti atau calon. - Gambar fail/BERNAMA
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Lebih aman, tiada caci-maki jika PRU14 pada bulan puasa - Wanita Gerakan
Wanita Gerakan berpandangan jika pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diadakan pada bulan Ramadan ini ia akan menjadi pilihan raya yang bebas daripada fitnah, tohmahan dan caci-maki.