Letak jawatan: Sebahagian Menteri, Timbalan Menteri UMNO bertemu PM?

Fareez Azman
Mac 29, 2021 11:58 MYT
Sebahagian besar Menteri dan Timbalan Menteri UMNO dijangka mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin hari ini bagi memaklumkan peletakan jawatan susulan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berakhir semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri-menteri UMNO dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini susulan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) untuk menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada bila-bila masa.
Sumber mengesahkan pertemuan itu berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, memetik laporan Bernama.
“Ya, ada pertemuan hari (petang) ini,” kata sumber dengan syarat tidak dinamakan.
Seorang lagi pegawai di pejabat seorang menteri UMNO juga mengesahkan pertemuan tersebut.
Bagaimanapun, tidak dimaklumkan mengenai agenda pertemuan itu dan dipercayai ada kaitan dengan keputusan UMNO semalam.
Dalam pada itu, beberapa kenderaan yang membawa menteri-menteri berkenaan dilihat meninggalkan Pejabat Perdana Menteri kira-kira jam 6.45 petang tadi.
Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan sebarang reaksi daripada mereka gagal apabila kenderaan-kenderaan berkenaan tidak berhenti di hadapan pintu pgar
Antara yang dikenal pasti hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli).
Datuk Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Luar Negeri).
BACA: Presiden, MKT UMNO boleh tentukan bila untuk tarik diri dari PN - Zahid
PAU 2020 | Zahid yakin MN langkah dinamika politik
BACA: PAU2020: Kita akan bertanding solo atas nama BN dalam PRU15 - Ahmad Zahid
Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya sempena PAU 2020 menyuarakan hasrat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang telah menerima mandat untuk menentukan tarikh yang sesuai bagi kesemua pemegang jawatan utama dalam Kerajaan dari UMNO untuk melepaskan kedudukan mereka.
BACA: PAU2020: 'Kalau anak jantan, dia harus letak jawatan sebagai menteri' - Zahid Hamidi
BACA: PAU2020: UMNO tolak pembelot, pengkhianat parti - Zahid
BACA: Patuh sepenuhnya keputusan dalam PAU2020 - Zahid Hamidi
Jelasnya, mandat itu akan digunakan bagi memastikan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Muhyiddin membubarkan Parlimen mengikut tarikh yang sesuai.
#Muhyiddin Yassin #Zahid Hamidi #UMNO #Astro Awani #PM #Perdana Menteri #Parlimen #kerajaan #politik #kerjasama #letak jawatan #PAU 2020 #menteri