KUANTAN: "Ini adalah satu lagi percubaan untuk memburukkan PN (Perikatan Nasional) dan helah politik murahan parti lawan," kata Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Beliau yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa kerajaan menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai alat untuk memberikan imej buruk kepada PN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Menurutnya, malah, serbuan pegawai di kediaman Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Khamis dikatakan seperti tindakan terdesak oleh kerajaan.
"Saya andai ini adalah helah politik murahan ketika PH-DAP-BN (Barisan Nasional) 'desperate' untuk berhadapan dengan PRN.
"Ketika ini tak berkesan sebagai kerajaan dan harus memburuk-burukkan pimpinan kanan dalam Bersatu dan dalam PN, dan inilah yang sedang berlaku," katanya.
Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas berita mengenai serbuan oleh pegawai LHDN di rumah Hamzah di Damansara, Kuala Lumpur.
Dilaporkan, dalam serbuan dan penggeledahan malam semalam itu, beberapa dokumen turut dirampas.
Ahli Parlimen Indera Mahkota mengakui ada menghubungi Hamzah bagi mendapatkan gambaran cerita sebenar yang berlaku.
"Yang dikatakan hendak disiasat itu adalah perkara yang sama yang disiasat sebelum ini.
“Soalnya apa dia niat di sebalik siasatan tersebut dan kenapa keluar media? Dari mana punca keluarnya cerita itu kepada media? Betulkan dari LHDN atau dari pejabat lain?
"Yang saya tahu berita itu bukan keluar dari LHDN, dari pejabat lain," katanya.
Media pada Khamis melaporkan rumah Ketua Pembangkang itu diserbu dan digeledah oleh pegawai dari LHDN.
Pada Februari lalu, Ahli Parlimen Larut itu menuduh kerajaan menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai alat politik selepas agensi terbabit membekukan akaun Bersatu.
Beliau kemudiannya menafikan terbabit dengan kes rasuah berjumlah RM15 juta selepas namanya terdapat dalam kertas pertuduhan terhadap ahli perniagaan, Sim Choo Thiam.
Choo Thiam didakwa pada Mei lalu atas tuduhan meminta RM15 juta daripada seorang ahli perniagaan Hep Kim Hong, pada Jun 2021.
Pendakwa Raya berkata, wang itu sebagai dorongan untuk Hamzah membantu syarikat Hep, Asia Coding Sdn Bhd mendapatkan projek daripada kementeriannya.
Choo Thiam juga didakwa dengan tiga lagi tuduhan menerima RM15 juta untuk mendapatkan projek daripada Kementerian Dalam Negeri.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan itu.
Hamzah berkata, pertuduhan mengaitkannya sengaja dibuat untuk mencemar namanya sebagai bekas menteri di kementerian itu. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 16 2023

Saifuddin mengakui ada menghubungi Hamzah bagi mendapatkan gambaran cerita sebenar yang berlaku. - Fail/Bernama
[TERKINI] Kadar kelahiran Malaysia turun 11.5%, rekod terendah dalam sejarah - DOSM
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin mengulas, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan, dengan nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

19 muzium dibuka secara percuma 18 Mei ini - Aaron
Tawaran ini termasuk muzium utama seperti Muzium Negara, Muzium Automobil Nasional, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, dan Muzium Seni Bina Malaysia.

Kadar kelahiran Malaysia turun 11.5%, rekod terendah dalam sejarah - DOSM
Mohd Uzir berkata, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan.

Pemilihan PKR kali ini 1,000 kali lebih baik - Fahmi
Pemilihan Cabang PKR yang berlangsung April lepas disifatkan jauh lebih tertib dan teratur jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu, kata Ketua Penerangan parti Datuk Fahmi Fadzil.
AWANI Ringkas: Konstabel Akmal Wafi selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trump mahu terima jet mewah dari Qatar
Donald Trump mahu terima pesawat Boeing 747-8 bernilai RM1.88 bilion daripada keluarga diraja Qatar sebagai hadiah untuk dijadikan Air Force One sementara. Beberapa anggota Kongres Republikan bimbang potensi risiko keselamatan.
Kim Jong Un: Siap sedia perang keutamaan utama
Kim Jong Un pantau latihan khas ketenteraan Korea Utara dan tegaskan penyempurnaan persiapan perang adalah keutamaan. Beliau beri amaran akan guna kekuatan jika AS terus provokasi terhadap Rusia.
Astro One: Tawaran eksklusif untuk penjawat awam, jimat hingga RM960
Astro Malaysia Holdings Bhd melancarkan "Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam", iaitu pek hiburan berbaloi yang menawarkan penjimatan hingga RM960.
Bekas pesakit kanser, kental jalani ibadah haji
Wajahnya berbeza berbanding jemaah haji yang lain, akibat menjalani pembedahan kanser.
Itu bukan penghalang bagi Aminuddin menjalani ibadah seperti jemaah yang lain.
Itu bukan penghalang bagi Aminuddin menjalani ibadah seperti jemaah yang lain.

Microsoft buang 3% pekerja dalam usaha kurangkan lapisan pengurusan
Langkah ini bertujuan memperkukuh kedudukan syarikat dan mengurangkan lapisan pengurusan untuk meningkatkan kecekapan.

LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.