awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima Pemuda UMNO Sabah keluar BN, sertai Warisan

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
12/05/2018
08:52 MYT
Lima Pemuda UMNO Sabah keluar BN, sertai Warisan
Keputusan berkenaan dibuat Jamawi selepas beliau menzahirkan sokongan kepada Warisan semalam.
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah terus menerima tamparan hebat selepas lima Ketua Pemuda UMNO Negeri bertindak keluar dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini.
Mereka yang terlibat adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau, Ariffin Kassim; Halim Gulam Sidek (Silam), Nik Mohd. Nazdri (Keningau), Ramlan Awal (Sepanggar) dan Jehan Osman Ongkomog (Pensiangan).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong yang juga bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar mengetuai tindakan berkenaan dalam satu sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.
Keputusan berkenaan dibuat Jamawi selepas beliau menzahirkan sokongan kepada Warisan semalam.
Menurut Jamawi, keputusan beliau dan lima yang lain untuk menyertai Warisan dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Presiden) bukanlah kerana dipaksa tetapi ia selepas mengambil kira faktor kestabilan politik di negeri Sabah.
"Semalam saya telah mengisytiharkan sokongan saya sebagai ADUN Kemabong, kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk memegang jawatan Ketua Menteri Sabah.
"Hari ini saya ingin maklumkan bahawa, saya juga meletakkan semua jawatan saya dalam UMNO... ini bukan sahaja tindakan yang terburu-buru tetapi kita memikirkan bahawa ia akan memberikan kestabilan politik yang berpanjangan di negeri Sabah," katanya.
Topic Berkaitan
#ADUN Kemabong
#Jamawi Jaafar
#Malaysia Memilih
#Mohd Shafie Apdal
#Pilihan Malaysia
#Shafie Apdal
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan