KUALA LUMPUR: DAP akan mencadangkan pindaan kepada perlembagaan partinya yang mensyaratkan mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak mengikut keputusan parti dalam perkara-perkara tertentu bakal dilucutkan keahliannya.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata pindaan itu akan dicadangkan menerusi satu Kongres Khas pada 25 Sept depan bertujuan bagi menutup lompang dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan berkenaan lompat parti yang telah diluluskan minggu lepas.
"Ada pandangan mengatakan bahawa apa yang dipinda di Parlimen minggu lalu tidak mencukupi untuk melarang tindakan lompat parti kerana kalau seseorang Ahli Parlimen itu dipecat dari partinya (dan bertukar parti) dia tidak dikira sebagai lompat parti dan tidak perlu mengosongkan kerusi tersebut.
"Jadi kita melihat ini sebagai satu lompang yang perlu ditutup, kerana apa yang dibimbangkan ialah sekiranya ada Ahli Parlimen yang berniat untuk lompat parti, dia tidak akan meninggalkan parti tetapi akan membuat perkara-perkara supaya dia dipecat dan jika itu berlaku individu itu tidak perlu kosongkan kerusi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP di sini hari ini.
BACA: RUU Antilompat Parti lulus, disokong lebih dua pertiga ahli Dewan Rakyat
Loke berkata perkara itu melibatkan keadaan-keadaan membabitkan keputusan dasar parti yang penting untuk diketengahkan di Dewan Rakyat seperti pelantikan Perdana Menteri, undian bajet dan sebagainya bagi menjamin keberkesanan parti.
"Tindakan seseorang wakil rakyat di Parlimen itu yang disyaratkan untuk mengikut keputusan parti kerana kami merasakan jika ada yang ingin melompat, menurut peruntukan dalam pindaan perlembagaan persekutuan yang ada hari ini dia tak perlu lompat cukup untuk dia buat perkara yang bertentangan dengan parti.
"Sebagai contoh jika ada usul yang perlu kami bantah dan ada yang mengundi sokong usul itu, maka itu boleh mengganggu keberkesanan parti, walaupun kita ada Ahli Parlimen tetapi undi tidak berpihak kepada parti kita," katanya.
Beliau berkata satu Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Parti yang diketuai oleh Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen bakal membincangkan perkara tersebut secara teliti dan cadangan pindaan itu akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dalam tempoh sebulan.
Terdahulu, Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan.
Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 itu memperoleh masing-masing sokongan 209 daripada 220 Ahli Parlimen selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022

Siew Fook berkata pindaan itu akan dicadangkan menerusi satu Kongres Khas pada 25 September depan. - Gambar fail

Kedah negeri terbaharu dilanda banjir
Kedah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di mukim Karangan dekat Kulim, pada petang Isnin.

Anwar ucap takziah kepada mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye
Anwar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua negara yang terjejas akibat gempa bumi maut yang melanda wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye pada Isnin.

Gempa bumi: Asrama runtuh, pelajar Malaysia di Turkiye selamat
MASAT mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Gempa bumi Turkiye: Malaysia rakam ucapan takziah, simpati kepada Turkiye - Zambry
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka serta kerajaan dan rakyat Turkiye susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Isnin.

Agenda AWANI: Kabinet Bayangan
Penubuhan ‘Kabinet Bayangan’ oleh Perikatan Nasional, apa lagi boleh pastikan suara pembangkang bukan sekadar semak dan imbang tetapi lebih bersifat suara ‘Kerajaan Alternatif’?

AWANI Ringkas: Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gempa bumi: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada Turkiye, Syria
Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam musibah itu sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

PH belum buat keputusan terima bekas ahli UMNO yang dipecat
Pakatan Harapan belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk menerima beberapa bekas Ahli UMNO yang telah menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu.

Andaian PH tidak dapat dukungan pengundi Melayu tidak benar - Anwar
Andaian kononnya Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat dukungan pengundi Melayu iaitu hanya menerima 19 peratus undian kaum itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 November lepas adalah tidak benar.

"Pimpinan PH, DAP jangan terlalu cabar UMNO" - Noor Hariri
Pimpinan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP diingatkan agar tidak terlalu mencabar UMNO dengan tohmahan tidak berasas terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

PRN: Kemenangan parti komponen Kerajaan Perpaduan penting demi kestabilan
Kemenangan parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang adalah penting untuk memastikan situasi politik negara adalah stabil.

DAP kecewa, harap Kedah pertimbang semula larangan operasi premis judi, loteri
DAP berharap Kerajaan Negeri Kedah mempertimbangkan semula langkah tidak membenarkan premis perjudian dan loteri beroperasi di negeri itu bermula tahun ini.

'Slogan menentang rasuah, perompak, lanun hanya penuh kepura-puraan' - Hadi Awang
Ditelanjangkan dirinya sendiri, betapa slogan menentang rasuah, perompak, lanun dan segala salah laku hanya penuh kepura-puraan sahaja.

Undi percaya: DAP yakin Anwar dapat sokongan besar, harap capai dua pertiga
DAP yakin majoriti besar Ahli Parlimen akan menyokong usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijadual akan dibentangkan pada Dewan Rakyat 19 Disember ini.

DAP Sarawak beri jaminan main peranan 'backbenchers' Kerajaan Perpaduan
Kesemua Ahli Parlimen DAP Sarawak memberi jaminan akan memainkan peranan sebagai ahli 'backbenchers' (penyokong) Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat.

Zahid nafi 'jual' UMNO, tegaskan DAP janji hormati hak istimewa Melayu
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menafikan keputusan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan, sebagai tindakannya 'menjual' parti dan agama.

Kes saman selesai, DAP mohon maaf kepada Rahim Thamby Chik
"Kami dengan ini memohon maaf dan menyatakan kekesalan kami atas sebarang kesusahan dan penghinaan kepada Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan keluarganya..."

'Sokongan DAP tiada syarat, sanggup berkorban untuk Anwar jadi PM' - Loke
Sokongan DAP kepada Anwar tidak bersyarat, termasuk jumlah keanggotaan dalam Jemaah Menteri atau jawatan tinggi yang lain, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.

"Anwar minta saya sertai Kabinet tetapi..." - Gobind Singh
Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo tampil menjawab persoalan mengapa beliau tidak menyertai kabinet pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.