awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahathir dan Muhyiddin ada hak tubuh parti - Ibrahim Ali

Astro Awani
Astro Awani
12/08/2016
07:21 MYT
Mahathir dan Muhyiddin ada hak tubuh parti - Ibrahim Ali
IBRAHIM: Soal sama ada mendapat sokongan atau tidak dari rakyat, itu sama-sama kita tunggu dan saksikan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menempelak sikap setengah pihak yang mengkritik penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Tegas Ibrahim, jika penubuhan Bersatu dianggap tidak dapat bertahan lama atau akan terkubur selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), wajar bagi pihak-pihak berkenaan tidak membuat sebarang andaian.
Katanya, ulasan yang diberikan menimbulkan kelucuan hingga dilihat seperti kumpulan 'Raja Lawak'.
"YAB Tun Mahathir dan YB TS Muhyiddin Yassin juga rakyat Malaysia yang berhak menubuhkan parti.
"Soal sama ada mendapat sokongan atau tidak dari rakyat, itu sama-sama kita tunggu dan saksikan.
"Beri mereka ruang dan peluang. Jangan sesekali cuba merendahkan minda rakyat kerana rakyat tahu apa yang mereka harapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga menasihatkan pihak yang dilihat tidak senang dengan penubuhan Bersatu agar tidak keterlaluan dalam memberikan pandangan atau ulasan.
"Nasihat saya, walaupun masing-masing ada hujah, pandangan dan sebagainya janganlah sehingga 'Mendahului kuasa dan ketentuan Allah'.
"Kita hanya merancang tapi Allah SWT jua yang menentukan," katanya lagi.
Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu juga mengingatkan bahawa dalam dunia politik, berbagai kemungkinan boleh berlaku.
"Ini wajar diingati supaya jangan terlalu angkuh, takbur dan memandang rendah keupayaan orang lain sehingga ke tahap menghina.
"Ini akan merugikan dan terkesan sehingga terlalu negatif untuk diterima," katanya.
Ibrahim berpendapat setakat ini, hanya pandangan yang diberikan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan anggota Majlis Tertingi parti itu, Datuk Seri Bung Mokhar Raden sebagai rasional dan matang.
Pada Selasa, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan borang pendaftaran penubuhan sebuah Bersatu di pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Namun pada Khamis, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempertikaikan penggunaan nama Bersatu pada parti yang diterajui Muhyiddin itu.
Kata Tengku Adnan, penggunaan perkataan Bersatu boleh mengelirukan rakyat kerana ia digunakan secara umum.
"Dia nak tubuh (parti baharu) tak apa. Tapi dia tak boleh guna 'bersatu' kerana ia sesuatu yang "common".
"Jadi saya merayu kepada RoS (Pendaftar Pertubuhan) nak lulus, luluslah. Tapi kalau boleh minta mereka jangan guna pakai 'bersatu'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan jalan sambungan Jalan Jalil Perkasa 7 ke Jalan Barat, Bukit Jalil.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Ibrahim Ali
#Mahathir Moahamad
#Muhyiddin Yassin
#tubuh parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan