KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku lagi sebarang pilihan raya sehingga tamat tempoh penggal.
Ini kerana, tegas beliau, jika ada lagi pilihan raya, ia hanya akan menyebabkan pembaziran wang sedangkan keutamaan ketika ini adalah membantu rakyat yang terjejas.
Beliau dalam masa sama turut menzahirkan kebimbangan terhadap komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan membincangkan pembubaran Parlimen dalam kalangan 'Top Five' UMNO.
"Sedangkan UMNO dalam perhimpunan mereka riuh rendah mendesak dan menuntut Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen segera.
"Perdana Menteri (Ismail Sabri) telah memberikan komitmen untuk berbincang dengan 'Top Five' dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO.
"Ini bagi saya sesuatu yang sangat membimbangkan kita semua akan berlaku pilihan raya berasingan iaitu peringkat Parlimen akan disegerakan dan pilihan raya peringkat negeri akan berlaku pada tahun akan datang apabila tamat tempohnya.
"Ini menyebabkan perbelanjaan kita akan bertambah, sedangkan yang menjadi keperluan sekarang ialah kehidupan rakyat, dan bukannya kehendak kerakusan politik yang ada dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO.
"Saya nak minta Perdana Menteri jelaskan perkara ini sebab ini penting untuk menarik pelabur-pelabur dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa kestabilan politik ini akan sampai kepada penghujung penggal ini (2023)," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO ketika berucap pada penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 baru-baru ini berkata, keputusan berkaitan cadangan untuk membubarkan Parlimen akan dibincangkan dalam kalangan lima pimpinan tertinggi atau 'Top Five' UMNO.
Bahkan, kata Ismail Sabri, perkara itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.
Mahfuz menambah pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor disifatkan membazir wang kerana dijalankan secara 'paksa' berbeza dengan PRN Sarawak yang memenuhi kehendak Perlembagaan selepas tamat tempoh penggal.
"… tetapi untuk menjamin masa depan sampai tamat tempoh penggal ini 2023, apa jaminan kerajaan yang pilihan raya tidak akan berasing antara satu sama lain? Sebab sekarang ini telah diumum oleh beberapa kerajaan negeri khususnya di Kedah, Kelantan, dan Terengganu mereka tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga tamat tempoh penggal ini.
"Begitu juga Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang mengumumkan bahawa mereka juga tidak akan membubarkan DUN," katanya lagi.
PRN Sabah melibatkan kos sebanyak RM130 juta, sementara kos bagi PRN Melaka dan PRN Johor masing-masing berjumlah RM45 juta dan RM96 juta.
Hasimi Muhamad
Tue Mar 22 2022
Menurut Mahfuz, pembubaran Parlimen sebelum tamat penggal hanya akan menyebabkan pembaziran wang sedangkan keutamaan ketika ini adalah membantu rakyat yang terjejas. - Gambar fail
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.