Majlis penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dilaporkan berlangsung malam tadi adalah tidak benar.
Ia sebaliknya hanya perjumpaan sesama pemimpin protem parti itu di Sarawak dan penyokongnya.
Ia berlangsung secara tertutup di Bangunan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) di sini pada pukul 7.30 malam.
Seorang daripada pengerusi protem bahagiannya, Johan Mohamad, yang menafikan majlis penubuhan cawangan parti itu malam tadi, berkata pihaknya tidak terlibat dalam penyebaran berita yang tidak benar itu.
"Apa yang kita cuba lakukan sekarang ialah untuk menubuhkan 31 bahagian parti di Sarawak, kemudian mendaftarkannya dengan ibu pejabat parti.
"Selepas itu, barulah akan diadakan majlis perasmian penubuhan PPBM Sarawak yang diharap dapat dilangsungkan pada September tahun ini," kata Johan pada sidang media di ibu pejabat Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak di sini malam tadi.
Johan, yang juga pengerusi penaja PPBM bahagian Stampin, turut menafikan wujud perpecahan dalam kalangan pemimpin penaja parti itu di Sarawak, sebaliknya beberapa pemimpin protem PPBM Sarawak bersatu untuk merealisasikan penubuhan PPBM Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 06 2018
PPBM bahagian Stampin menafikan wujud perpecahan dalam kalangan pemimpin penaja parti itu di Sarawak.
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM TIBA di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Bekas ahli MKT UMNO didakwa hari ini
Beliau yang berusia 48 tahun itu dijangka berdepan dua pertuduhan berkaitan aktiviti penghasilan dan penyebaran berita tidak benar.
Pegawai IT mengaku tidak bersalah sebar berita palsu
Tertuduh didakwa menggunakan aplikasi Tiktok dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan orang ramai mengenai kesesakan di PPV Stadium Indera Mulia di Ipoh pada 21 Mei lalu.
'Media perlu gesa kerajaan bantu masyarakat dapatkan maklumat yang benar'
Media perlu menggesa kerajaan melakukan perubahan dalam menyediakan dan mendapatkan maklumat yang benar kepada masyarakat terutama dalam situasi pandemik COVID-19.
Proklamasi Darurat: 21 kertas siasatan dibuka, 10 individu ditahan - Acryl Sani
Kertas siasatan disiasat di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (no.2) 2021 sejak ordinan itu dikuatkuasakan pada 12 Mac lepas.
Jabatan Kesihatan Pahang nafi lelaki 20 tahun korban COVID-19
Hospital Tengku Ampuan Afzan juga tidak menerima sebarang kes mayat dibawa ke hospital melibatkan individu berumur 20-an.
Ordinan Darurat: 12 kertas siasatan dibuka berhubung penularan berita tidak benar COVID-19
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 12 kertas siasatan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021 berhubung penularan berita tidak benar mengenai COVID-19.
Ordinan kekang berita tidak benar COVID-19 tidak seimbang - Article 19
Article 19 mempersoal hukuman sehingga RM500,000 dan penjara sehingga enam tahun yang termaktub dalam ordinan tersebut.
JPN lancar kaji selidik Ordinan Darurat Berita Tidak Benar
Jabatan Penerangan Malaysia (JPN) melancarkan soal selidik dalam talian 'Reaksi Terhadap Ordinan Darurat Berita Tidak Benar' yang telah diwartakan kerajaan.
Tiada lagi proses panjang sebaik ordinan berita tidak benar dikuatkuasa - Takiyuddin
Pihak penguatkuasa sebelum ini perlu melalui prosedur biasa yang mengambil masa lama terutama dalam menyiasat sesuatu kes berita tidak benar di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 12 Mac 2021.