KUALA LUMPUR:Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dilapor membincangkan cadangan kerjasama antara Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Difahamkan cadangan kerjasama dengan Dr Mahathir itu dibangkitkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada penghujung mesyuarat tersebut yang diadakan pada 11 Januari lalu.
Malaysiakini melaporkan, sumber dalaman PKR bagaimanapun memaklumkan, tiada sebarang keputusan dibuat berhubung cadangan tersebut.
"Memang benar isu kerjasama di antara Anwar dan Dr Mahathir dibincang dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada Isnin lalu, tapi tiada sebarang keputusan diambil.
"Hal itu berada pada kedudukan tiada sebarang komitmen dibuat," kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Portal itu turut melaporkan, sumber yang didakwa rapat dengan Anwar memberitahu, kira-kira 95 peratus perbincangan dalam mesyuarat berkenaan meliputi isu pelaksanaan darurat dan ancaman COVID-19 di negara ini.
Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan, Presiden PKR itu sedia bekerjasama dengan Dr Mahathir dan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal untuk menubuhkan gabungan besar (grand coalition) bagi menghadapi PRU15.
Dr Mahathir bagaimanapun pada 31 Disember lalu, membayangkan kerjasama antara beliau dan Anwar tidak akan berulang lagi.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Anwar bahawa terserah kepada kelulusan PH melalui Majlis Presidennya jika Dr Mahathir dan Pejuang atau mana-mana parti ingin menyertai gabungan itu,
Irwan Muhammad Zain
Sat Jan 16 2021

Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan, Presiden PKR itu sedia bekerjasama dengan Dr Mahathir.

COVID-19 | 99,616 terima vaksin, Sarawak kekal catat rekod tertinggi
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan jumlah 14,134 individu.

Vaksin COVID-19 | DAP gesa dedahkan maklumat 'potong barisan'
DAP memandang serius terhadap dakwaan 'potong barisan' dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Dalam satu kenyataan bersama, pemimpin DAP menegaskan keutamaan harus diberikan kepada petugas barisan hadapan yang termasuk dalam fasa pertama secepat mungkin tanpa penangguhan lagi.

Pemimpin PKR keluar kerana masalah dalaman parti - Dr Robert
Masalah dalaman dan pemimpin PKR membuatkan ramai yang terkilan dan bertindak keluar dari parti yang berusia lebih 20 tahun.

Sekolah Henry Gurney: Pelatih baharu mungkin punca kes COVID-19 meningkat
Kemasukan pelatih baharu dari seluruh negara ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas di sini mungkin menjadi antara punca utama peningkatan kes positif COVID-19 di pusat berkenaan.

Minat pada reptilia, penghantar makanan jadikan rumah 'zoo ular'
Selain ular tedung, Mohamad Saifullah turut memelihara ular sawa yang diimport dari Myanmar.

Polis pantau 'posting' anti vaksin bekas pelakon
Polis sedang memantau laman sosial milik seorang bekas pelakon lelaki yang dilaporkan sering membuat hantaran berhubung fahaman anti vaksin.

Pas tolak sebarang usaha penjajaran baharu dengan PH
Pas juga menolak sebarang usaha daripada mana-mana pihak yang boleh merungkai perpaduan ummah yang telah sedia terjalin.

Kerajaan rugi 25 peratus cukai kandungan kreatif dicetak rompak
Kerajaan mengalami kerugian sebanyak 25 peratus daripada setiap kandungan kreatif yang dicetak rompak oleh pihak tidak bertanggunjawab.

Keyakinan masyarakat Cina terhadap PH semakin berkurang - Dr Robert
Tahap keyakinan masyarakat Cina yang merosot sejak kemenangan mengejut Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu merupakan antara petanda kegagalan pakatan itu sendiri.

Liverpool kalah kepada Chelsea, Salah merajuk atau tidak cergas?
Salah memberi reaksi tidak senang ketika menuju ke bangku simpanan di Anfield, sejurus itu ejennya mengundang spekulasi.

UMNO beri PH 'nyawa' jika tidak bersama PN - Penganalisis politik
Sekiranya UMNO kekal dengan keputusan tidak bersama dengan Perikatan Nasional, tindakan itu akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan.

Survival politik Amanah dan setiakawan yang dikhianati
Melihat kepada kemorosotan populariti Amanah di ruangan publik dan juga bahan sebutan di kalangan rakyat, ini sesuatu yang membimbangkan.

PN, BN 'berpecah', peluang cerah buat PH kembali ke Putrajaya - Guan Eng
Setiausaha Agung DAP itu yakin rakyat mula sedar sumbangan Pakatan Harapan semasa mentadbir negara.

Lompat parti: Kaji kerjasama dengan PH, PKR - Amanah Bukit Bintang
Amanah digesa mengkaji kerjasama dengan PKR susulan menerima ahli mereka yang melompat keluar parti.

Tidak manis lompat parti sama gabungan - Salahuddin Ayub
Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, tindakan itu dilihat tidak sesuai dengan semangat setiakawan dalam PH.

PH gesa kerajaan timbang semula keputusan hantar balik 1,200 warga Myanmar
Kenyataan itu dikeluarkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

MT UMNO bermesyuarat di Janda Baik
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tiba di Institut Latihan Memperkasakan Ummah (ILMU) di Janda Baik, di sini untuk menghadiri mesyuarat MT malam ini.

PH tak boleh layan rakyat seperti Najib lakukan - Tun Mahathir
Perkara itu diakui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menegaskan mereka tidak dapat memberi wang kepada rakyat seperti yang Najib lakukan.

Letak jawatan PM: Tun M tak faham kenapa Tommy Thomas masih tak jelas
Beliau jatuh bersama dengan kejatuhan PH dan adalah tidak munasabah untuk terus menjadi Perdana Menteri apabila PH bukan lagi kerajaan.

Pakatan Harapan jatuh sebab Anwar Ibrahim dipilih sebagai PM - Tun M
"Saya sanggup kembali sebagai Perdana Menteri walaupun Bersatu tolak saya," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.