PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini bersetuju untuk meneruskan dasar bahawa pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) adalah daripada pihak pembangkang.
Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata kaedah itu membawa hasil yang positif dari segi semak dan imbang pentadbiran kerajaan.
"Waima sewaktu PH mentadbir (sebelum ini), kita lihat bila pengerusi PAC daripada pihak pembangkang, ia memberi fokus kepada proses semak imbang, urus tadbir dan tata kelola," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya belum ada perbincangan dengan pihak pembangkang berhubung perkara itu.
Menteri Komunikasi dan Digital itu juga berkata terpulang kepada jawatankuasa berkenaan untuk melakukan siasatan berhubung isu-isu berbangkit sebelum ini.
Dalam pada itu, Fahmi berkata mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut membincangkan mengenai cadangan sesi jawab lisan perdana menteri di sidang Parlimen.
Sementara itu, Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan mesyuarat hari ini tidak membincangkan secara spesifik kerjasama PH dan Barisan Nasional (BN) bagi mendepani enam Pilihan Raya Negeri (PRN).
Sebaliknya, beliau berkata mesyuarat pada umumnya membincangkan persiapan PRN dari sudut gabungan itu sahaja termasuk usaha membentuk segera atau mengaktifkan semula jawatankuasa pilihan raya PH.
"Belum sampai ke situ (keputusan kerjasama) sebab jawatankuasa pilihan raya akan buat beberapa persiapan dahulu barulah diukur langkah yang munasabah.
"Paling penting adalah fokus mempertahankan tiga negeri milik PH sekarang iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang yang umumnya pimpinan utama PH meletakkan keyakinan tinggi berdasarkan laporan semasa," katanya.
Menurutnya PH juga berpeluang menang di Kedah selain bertekad untuk menghantar suara pembangkang yang kuat di Kelantan dan Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2023
Fahmi Fadzil berkata kaedah itu membawa hasil yang positif dari segi semak dan imbang pentadbiran kerajaan. - Gambar fail
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Antilompat Parti bertepatan hasrat PH, kerajaan - Majlis Presiden PH
RUU itu perlu dibentang dan dilulus di Parlimen dalam tempoh tidak lewat dari Mesyuarat Pertama Parlimen, iaitu sebelum atau pada 24 Mac depan.
Tun Mahathir tiba untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH
Ketibaan pemimpin berusia 94 tahun itu disambut dengan sorakan 'Hidup Tun M!' daripada penyokong Bersatu.