awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis tarian ala bogel: Pahit tetapi teguran perlu dibuat - Mohd Khairuddin

Sinar Harian
Sinar Harian
06/03/2022
06:30 MYT
Majlis tarian ala bogel: Pahit tetapi teguran perlu dibuat - Mohd Khairuddin
Laporan Sinar Harian sebelum ini (Gambar kecil: Mohd Khairuddin). - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Majlis tarian ala bogel seharusnya tidak menjadi hidangan kepada pimpinan politik Muslim walaupun penganjurnya bukan Muslim, kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.
Katanya, majlis tersebut juga dilihat telah bercanggah dengan nilai ketimuran dan nilai masyarakat Malaysia.
“Di saat rakyat berhadapan dengan musibah dan diajak untuk bermunajat memohon keampunan kepada ALLAH agar dilepaskan daripada musibah COVID-19, apa yang berlaku mengguris sedikit perasaan rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, pada Ahad.
Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan beberapa wanita berpakaian seksi dan menari di hadapan pemimpin politik tertinggi Perikatan Nasional (PN) sewaktu Majlis Makan Malam dan Persembahan Tarian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), Johor Bahru.
BACA: PN hanya jemputan, bukan penganjur
Mereka itu termasuk Pengerusi PN merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau.
Sehubungan itu, Mohd Khairuddin meminta agar pihak terlibat segera tampil membuat permohonan maaf rasmi kepada rakyat kerana ia juga menjejaskan nama rakan kerjasama politik di saat kempen pilihan raya sedang hangat berlangsung.
“Pahit tetapi teguran perlu dibuat agar masyarakat dapat menilai prinsip PN yang jelas berkaitan Islam,” katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#tarian ala bogel
#Khairuddin
#Perikatan Nasional
#Ahli Parlimen Kuala Nerus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan