awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#MalaysiaMemilih: Muktamad, Pas tidak bersama Pakatan Harapan - Tuan Ibrahim

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
22/02/2018
22:01 MYT
#MalaysiaMemilih: Muktamad, Pas tidak bersama Pakatan Harapan - Tuan Ibrahim
Timbalan Presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan keputusan Pas sudah muktamad dan hanya bersama dalam Gagasan Sejahtera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14. - Gambar fail
Pas sekali lagi menegaskan tidak akan menjalinkan kerjasama politik sama ada dengan Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) pada saat-saat akhir walaupun ada pandangan mendakwa Pas mungkin akan melakukan 'pusingan U' di saat akhir.
Timbalan Presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan keputusan Pas sudah muktamad dan hanya bersama dalam Gagasan Sejahtera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
“Itu saya yakin tidak akan berlaku, Pas terus akan kekal dengan Gagasan Sejahtera dan bertanding atas kekuatan Gagasan Sejahtera," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di sini malam tadi.
Ketika ditanya mengenai bai’ah ke atas calon, beliau menjelaskan perkara tersebut masih belum lagi diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak.
Namun keadah bai’ah akan diteruskan ke atas calon seperti amalan sebelumnya.
Katanya kemungkinan bai’ah dengan lafaz taklik talak isteri tidak disertakan dalam bai’ah kali ini termasuk di Kelantan dan negeri lain.
Sebelum ini hanya Kelantan berbaiah yang disertakan dengan lafaz taklik talak isteri disebabkan situasi semasa pada ketika itu untuk tujuan mengikat wakil rakyat dari melompat parti.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#Pakatan Harapan
#PAS
#politik
#rakyat
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan