awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mana UMNO? Dalam media sosial bising, dalam dewan sunyi' - Syed Saddiq

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
26/07/2021
08:20 MYT
'Mana UMNO? Dalam media sosial bising, dalam dewan sunyi' - Syed Saddiq
Tegasnya, UMNO berkata kerajaan gagal dalam media sosial tapi di dalam Dewan Rakyat, lain pula ceritanya, diam dan ada keluar dewan. - Gambar FB Syed Saddiq
KUALA LUMPUR: “Mana UMNO? Dekat dalam media sosial pung pang, pung pang, dalam dewan (Dewan Rakyat) sunyi, diam, tak cakap apa pun.”
Itu soalan dilontarkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas - Muar) ketika berucap pada Sidang Mesyuarat Khas, Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas, di sini pada Isnin.
Menurutnya, kalau disebut kerajaan Perikatan Nasional (PN), ia bukan hanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tetapi ia melibatkan UMNO juga.
“Jangan takut. Kalau mereka nak ugut, biarlah nak ugut, kita lawan,” katanya sambil menepuk meja.
Tegasnya, UMNO berkata kerajaan gagal dalam media sosial tapi di dalam Dewan Rakyat, lain pula ceritanya, diam dan ada keluar dewan.
“Kalau nak lawan, betul-betul lawan. Rakyat menilai dan melihat,” tegasnya.
Katanya lagi, UMNO baru-baru ini mengeluarkan keanyataan tidak lagi menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. IKUTI SISITV PARLIMEN ASTRO AWANI DI SINI
[LAPOR LANGSUNG] Sesi petang Sidang Mesyuarat Khas Parlimen sudah bermula
Berdasarkan kenyataan itu, Syed Saddiq berpendapat buat masa ini ada keperluan untuk adanya usul undi percaya dalam Dewan Rakyat.
Walaupun sejumlah 38 ahli Parlimen UMNO memutuskan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun Sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin menyaksikan kesemua masih berada di blok kerajaan.
Apa yang berlaku hanya perubahan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri duduk di sebelah PM Muhyiddin.
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq
#Sidang Mesyuarat Khas Parlimen
#Muhyiddin Yassin
#UMNO
#Perikatan Nasional
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Bersatu
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan