UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Hari pertama Sidang Mesyuarat Khas Parlimen menutup tirai

Hari ini, hari pertama Sidang Mesyuarat Khas Parlimen berlangsung. Sesi mesyuarat khas ini berlangsung sehingga 29 Julai dan 2 Ogos, 2021.

Astro Awani
Hari ini, ahli-ahli Parlimen kembali untuk menghadiri mesyuarat khas selepas persidangan ditangguhkan sejak awal tahun. -Gambar fail

Apa yang diumumkan Takiyuddin tidak salah - Nazri

Mon Jul 26 2021

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempertahankan pengumuman yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hasan berhubung pembatalan enam Ordinan Darurat yang dibuat pada 21 Julai lalu.

Nazri menegaskan apa yang diumumkan oleh Takiyuddin itu setelah mendapat nasihat dari Pejabat Peguam Negara yang memahami Perlembagaan Negara.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI 

Semua Ordinan Darurat dibatalkan, Anwar persoal pengumuman Takiyuddin

Mon Jul 26 2021

Pengumuman pembatalan Ordinan Darurat yang dibuat Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan adalah tidak sah sekiranya belum dipersembah atau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Hanya Agong yang boleh batalkan Proklamasi Darurat - Shafie

Mon Jul 26 2021

Hanya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang boleh membatalkan mahupun membuat sebarang keputusan berkaitan dengan Proklamasi dan Ordinan-Ordinan Darurat.

Demikian ujar Presiden Parti Warisan Sabah yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam Mesyuarat Khas Parlimen pada Isnin berhubung dengan keputusan kerajaan membatalkan semua Ordinan-Ordinan Darurat.

BACA  ARTIKEL PENUH DI SINI

Tindakan kerajaan gagal bendung COVID-19 - Dr Mahathir

Mon Jul 26 2021

Semua tindakan yang dilakukan kerajaan sebelum ini terbukti gagal mengurangkan kes baharu COVID-19 sehingga menyebabkan angka kes baharu kini mencecah 17,000 sehari.

Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang - Langkawi) berkata, sekiranya keadaan sebegitu berlaku di luar negara, pasti kerajaan sudah jatuh atau pemimpinnya meletak jawatan.


BERITA PENUH DI SINI

Pelaksanaan Darurat secara bersasar wajar dipertimbang di Sarawak - MP Sibuti

Mon Jul 26 2021

Pemimpin kerajaan dan pembangkang di negeri Sarawak bersetuju sekiranya pelaksanaan darurat secara bersasar dilaksanakan di negeri itu bagi menangguhkan Pilihan Raya Negeri ke-12 sekurang-kurangnya enam bulan selepas tamat tempoh darurat pada 1 Ogos ini.

Demikian kata Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni yang juga menyifatkan penangguhan itu sebagai langkah tepat dalam memastikan rakyat negeri itu selamat daripada penularan COVID-19.

ARTIKEL PENUH DI SINI

'Mana UMNO? Dalam media sosial bising, dalam dewan sunyi' - Syed Saddiq

Mon Jul 26 2021

“Mana UMNO? Dekat dalam media sosial pung pang, pung pang, dalam dewan (Dewan Rakyat) sunyi, diam, tak cakap apa pun.”

Itu soalan dilontarkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas - Muar) ketika berucap pada Sidang Mesyuarat Khas, Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas, di sini pada Isnin.


[BERITA LANJUT MENYUSUL]

Ahli Parlimen Tuaran persoal penguatkuasaan SOP yang memeningkan

Mon Jul 26 2021

Dakwaan 'pintu belakang': Azmin bertikam lidah dengan Anwar di Dewan Rakyat

Mon Jul 26 2021

Sidang Mesyuarat Khas Parlimen bertukar 'panas' selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menggunakan kaedah 'pintu belakang' untuk membenarkan sektor industri beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Dewan ini bukan sahaja untuk mengutara pandangan..

Mon Jul 26 2021

Pengisytiharan #Darurat sia-sia.. - Mat Sabu

Mon Jul 26 2021

Pengisytiharan #Darurat sia-sia.. - Mat Sabu

Mon Jul 26 2021

Kerajaan jemput 3 pemimpin pembangkang anggotai MPN - PM

Mon Jul 26 2021

Kerajaan akan turut melibatkan tiga wakil pembangkang daripada Pakatan Harapan, Warisan dan Pejuang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Perdana Menteri, penglibatan itu bagi memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin pembangkang berkongsi pandangan dan nasihat dalam aspek pelan pemulihan berkenaan.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Muhyiddin akui kerajaan tak sempurna, ajak semua pihak bersolidariti

Mon Jul 26 2021

PM Muhyiddin hari ini mengakui, kerajaan sedia ada bukanlah kerajaan yang sempurna.

Namun kata Perdana Menteri, kerajaan pimpinannya tidak berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita, malah sentiasa bergerak dan bertindak untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI 

Mesyuarat Khas Parlimen: Ia prerogatif PM, tepati kehendak Perlembagaan

Mon Jul 26 2021

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang berlangsung bermula Isnin diadakan mengikut peraturan mesyuarat dan menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3), mesyuarat khas itu diadakan apabila berlaku penangguhan dalam sidang Parlimen.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI 

Persidangan perlu dijalankan untuk bahas tentang Proklamasi dan Ordinan-ordinan Darurat 

Mon Jul 26 2021

Tak perlu penerangan, kami sudah tahu perancangan kerajaan - Tun M

Mon Jul 26 2021

Ini 5 ciri PPN yang dijelaskan PM di Dewan Rakyat

Mon Jul 26 2021

Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah pelan pemulihan yang memberi tumpuan kepada strategi untuk keluar daripada ancaman COVID-19 secara selamat dan sistematik.

Lima ciri penting PPN yang dijelaskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu sesi penerangan di Dewan Rakyat hari ini. 

BERITA PENUH DI SINI 

Memang benar, Kerajaan hari ini tidak sempurna - PM

Mon Jul 26 2021

Kenyataan pra-Bajet mengenai tumpuan pada bulan Ogos 2021

Mon Jul 26 2021

6 Ordinan Darurat telah dibatalkan berkuat kuasa 21 Julai 2021

Mon Jul 26 2021

Siapa Ahli Parlimen yang ajak 'makan durian'?

Mon Jul 26 2021

Tatkala Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sedang membentangkan Pelan Pemulihan Negara, ada Ahli Parlimen yang mencelah, mahu keluar Dewan Rakyat untuk makan durian.

VIDEO ADA DI LAMAN MIKRO SISITV PARLIMEN DI SINI

PPN: Strategi holistik, peralihan ikut indikator nilai ambang

Mon Jul 26 2021

Pelan Pemulihan Negara (PPN) merupakan pelan hala tuju berfasa untuk menyokong peralihan keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi, yang tidak hanya bergantung kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Sewaktu membentangkan PPN, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sebaliknya akan melaksanakan strategi yang lebih holistik.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Exit strategy and no turning back' - PM

Mon Jul 26 2021

Jangkaan tarikh pembentangan RMK-12 & Bajet 2022

Mon Jul 26 2021

Bertafakur kepada mangsa korban COVID-19

Mon Jul 26 2021

Kerajaan putuskan tidak nasihat Agong untuk isytihar darurat baharu

Mon Jul 26 2021

Kerajaan memutuskan tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila darurat tamat pada 1 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan juga bersetuju untuk membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat sebelum ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kenyataan Pra-Belanjawan

Mon Jul 26 2021

Kementerian Kewangan akan terbitkan kenyataan Pra-Belanjawan termasuk dokumen konsultasi rakyat mengenai tumpuan dasar pada bulan Ogos -- PM Muhyiddin

Kebanyakan negeri dapat beralih ke Fasa 4 PPN Oktober

Mon Jul 26 2021

Kerajaan jangkakan kebanyakan negeri dapat beralih ke Fasa Empat PPN seawal Oktober - PM Muhyiddin

Kerajaan telah laksana 8 pakej ekonomi dengan pelbagai bantuan tunai kepada rakyat

Mon Jul 26 2021

Kerajaan telah melaksanakan lapan Pakej Rangsangan Ekonomi dengan pelbagai bantuan tunai kepada rakyat.

Ia rangkumi Pakej PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan, PENJANA, KITA PRIHATIN, PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA Tambahan dan terkini PEMULIH dengan nilai keseluruhan RM530 bilion.

Ini antara perincian yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Agenda Prihatin Rakyat sasar B40, M40 - PM

Mon Jul 26 2021

Agenda prihatin rakyat antara tumpuan utama kerajaan bantu kumpulan B40, M40 melalui beberapa langkah bantuan tunai secara langsung - PM Muhyiddin

COVID-19: Kini melanda 200 buah negara, 190 juta manusia dan meragut 4 juta nyawa

Mon Jul 26 2021

Sehingga kini, COVID-19 telah melanda lebih 200 buah negara, menjangkiti lebih 190 juta manusia dan meragut empat juta nyawa - PM Muhyiddin

Apa berlaku pada satu jam pertama di Dewan Rakyat?

Mon Jul 26 2021

Walaupun sejumlah 38 ahli Parlimen UMNO memutuskan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun Sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin menyaksikan kesemua masih berada di blok kerajaan.

Apa yang berlaku hanya perubahan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri duduk di sebelah PM Muhyiddin.

Ini antara tiga perkara yang berlaku pada satu jam pertama berlangsungnya Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.

PPN dinamik, komprehensif

Mon Jul 26 2021

PPN tidak statik tetapi dinamik, komprehensif dan boleh ditambah baik mengikut keperluan dan situasi semasa - PM Muhyiddin

Agenda prihatin rakyat

Mon Jul 26 2021

Agenda prihatin rakyat antara tumpuan utama kerajaan bantu kumpulan B40, M40 melalui beberapa langkah bantuan tunai secara langsung - PM Muhyiddin

Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas'

Mon Jul 26 2021

Tidak sampai satu jam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bermula pagi ini, keadaan daripada tenang ketika Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berucap bertukar menjadi 'panas'.

Bahkan, beberapa perkataan yang agak panas seperti “letak jawatan” dan “derhaka” turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ini 3 perkara penting oleh Menteri di JPM

Mon Jul 26 2021

Ini 3 perkara penting oleh Menteri di JPM:
1. Agong perkenan Mesyuarat Khas Parlimen
2. Kerajaan tidak akan nasihat berkenaan pelanjutan Darurat kepada YDP Agong selepas ia tamat
3. Kerajaan putuskan untuk batal semua Ordinan Darurat#SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/WYP8LfQTrY

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 26, 2021

Proklamasi darurat

Mon Jul 26 2021

Kerajaan putuskan tidak akan nasihat Agong isytihar proklamasi darurat baharu apabila ia tamat 1 Ogos ini - Takiyuddin

'Kamu sendiri tidak ikut peraturan!'

Mon Jul 26 2021

"Kamu bawa peraturan mesyuarat tapi kamu sendiri tidak ikut peraturan. Jangan hanya ikut cuma apabila peraturan itu menyebelahi Yang Berhormat" - YDP Dewan Rakyat pic.twitter.com/Dc11NIRQJt

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 26, 2021

Speaker didesak ikut Perkara 150(3)

Mon Jul 26 2021

Datuk Seri Anwar Ibrahim desak YDP Dewan Rakyat ikut Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, serta beberapa usul yang dikemukakan beliau sebelum ini. #SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/jExrnm8mqz

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 26, 2021

Pulai dakwa Speaker 'menyeleweng'

Mon Jul 26 2021

Ahli Parlimen Pulai mendakwa YDP Dewan Rakyat menyeleweng Dewan Rakyat#SisiTVParlimen#DewanRakyat#AWANInews pic.twitter.com/Zfw1GZlG4O

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 26, 2021

'Mesyuarat perlu berlangsung secara biasa, bukan Peraturan 11(3)'

Mon Jul 26 2021

Ketua Pembangkang berkata YDP Agong meminta sesi perbahasan diadakan. Ini bermakna mesyuarat perlu berlangsung secara biasa, bukan Peraturan 11(3). #SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/TVvrGF2laj

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 26, 2021

Penjelasan Speaker

Mon Jul 26 2021

YDP Dewan Rakyat jawab pertanyaan beberapa ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan kenapa mesyuarat kali ini tidak ikut aturan perlembangaan dan aturan bertulis.#SisiTVParlimen#DewanRakyat#AWANInews pic.twitter.com/WeOTysBWCX

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 26, 2021

Hadkan jumlah Ahli Parlimen langgar Perlembagaan Persekutuan? - Shafie Apdal

Mon Jul 26 2021

'Ini sepatutnya sidang biasa Parlimen'

Mon Jul 26 2021

KETUA PEMBANGKANG

"Bagaimana ini boleh di bawah 11(3)? Titah Agong jelas ini sepatutnya Sidang Biasa Parlimen"

"Ingkar Titah Tuanku maksudnya derhaka, PM agak berani. Saya tak mahu Speaker terpalit sama dengan penderhakaan" - @anwaribrahim

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 26, 2021

'Sidang berdasar Peraturan 11(3)'

Mon Jul 26 2021

SPEAKER

Sidang Khas ini berdasarkan Peraturan 11(3), kata Azhar.

Sama dengan House of Common UK, business of the day 'appointed' by the government.

Di Malaysia, 'appointed' by the Prime Minister.

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 26, 2021

Kerajaan gagal atau tidak, ia perlu diputuskan melalui undian

Mon Jul 26 2021

'Kenapa perbahasan dan undian tidak dibenarkan?'

Mon Jul 26 2021

Datuk Takiyuddin Hassan beri penjelasan berkenaan beberapa mesyuarat khas yang berlangsung sebelum ini. Namun, blok pembangkang masih persoal kenapa perbahasan dan undian tidak dibenarkan. #SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/eeMs1Op5U7

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 26, 2021

Persoal kedudukan YDP Dewan Rakyat, Dewan Rakyat kecoh

Mon Jul 26 2021

SisiTVParlimen

Mon Jul 26 2021

Ikuti kami sepanjang hari menerusi #SisiTVParlimen untuk laporan komprehensif berhubung Mesyuarat Khas Parlimen di sini.

Penjelasan perjalanan Mesyuarat

Mon Jul 26 2021

Bekas Timbalan YDP Dewan Rakyat bagi penjelasan perjalanan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat selaras Peraturan 11(3). #SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/4eP5Ki7zUZ

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 26, 2021

'Bahas usul Port Dickson, Beruas'

Mon Jul 26 2021

Ahli Parlimen Selayang meminta agar usul dari Port Dickson dan Beruas dibahas agar tanggungjawab menjaga nyawa rakyat dapat ditunaikan#SisiTVParlimen#DewanRakyat#AWANInews pic.twitter.com/PxMRjvyko3

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 26, 2021

'Sebelum Parlimen jadi sarkas...'

Mon Jul 26 2021

"Sebelum Parlimen jadi sarkas..." Ini ulasan Ahli Parlimen Sepang. #SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/6MiLyNtczD

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 26, 2021

Ahli-ahli Parlimen boleh minta penjelasan, kemuka pandangan

Mon Jul 26 2021

'Mana Menteri?'

Mon Jul 26 2021

Beberapa Ahli Parlimen persoal kenapa BN-Kuala Krau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri bangkit dan cuba jawab semua persoalan diajukan.

"Kenapa Timbalan Menteri bangun jawab? Mana Menteri?"

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 26, 2021

'Bahas, bukan semata-mata dibentang'

Mon Jul 26 2021

PH-Bayan Baru

Agong jelas bertitah Ordinan dan Proklamasi perlu dibahas, bukan semata-mata dibentangkan, kata YB Sim.

"Pagoh (PM), kata beliau, derhaka kerana tidak adakan sidang parlimen secepat mungkin, dan arahkan tidak ada perbahasan" - @simtzetzin

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 26, 2021

Tiada had kehadiran namun dinasihat lakukan penggiliran

Mon Jul 26 2021

Tiada had kehadiran dalam Dewan Rakyat sepanjang mesyuarat khas Parlimen yang bermula hari ini namun ketua parti diharap dapat menggilirkan keahlian dalam dewan setiap sejam.

Permintaan itu disuarakan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memandangkan terdapat kes COVID-19 dikesan melibatkan kakitangan Parlimen dan juga Ahli Parlimen.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kehadiran mungkin dihadkan

Mon Jul 26 2021

[Kemaskini] Kehadiran Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan berkemungkinan dihadkan, selepas ujian saringan dapati 2 MP positif, enam lagi kontak rapat, kata Speaker Dewan Rakyat.

Juga positif ialah 12 staf Parlimen, dan 58 lagi kontak rapat.@501Awani

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 26, 2021

'Putuskan menerusi sesi undian'

Mon Jul 26 2021

Ahli Parlimen Puchong berkata, sama ada kerajaan gagal atau tidak atasi masalah COVID-19, ia hanya perlu diputuskan menerusi sesi undian. #SisiTVParlimen #DewanRakyat #AWANInews pic.twitter.com/QORjpP11pP

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) July 26, 2021

PH-Puchong persoal Speaker

Mon Jul 26 2021

PH-Puchong

YB Gobind persoal kenapa Speaker guna kuasa untuk benarkan MP bertanya soalan dan berhujah, tetapi tidak gunakan kuasa sama untuk undi tentang prestasi kerajaan.

"Kalau sidang lima hari tapi tak ada undi, adakah Dewan tak berani buat keputusan tentang kerajaan?"

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 26, 2021

'Mesyuarat Khas bercanggah titah Agong' - Langkawi

Mon Jul 26 2021

PEJUANG-LANGKAWI

Mesyuarat Khas ini bercanggah dengan Titah Tuanku Agong, iaitu perlu Sidang Parlimen, kata Tun M.

"Tak perlu sesi penerangan seperti ini, cukup dengan beri White Paper untuk kita. Perlu ada sidang Parlimen yang sebenar untuk kita berbahas" - @chedetofficial

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 26, 2021

Warisan-Semporna persoal mesyuarat

Mon Jul 26 2021

Warisan-Semporna persoal sama ada Mesyuarat Khas ini selaras dengan Titah Tuanku Agong dan Perlembagaan Persekutuan.

PH-Bukit Gelugor persoal kewibawaan Speaker.

"Are you the government's lapdog?"

*Dewan kecoh*

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 26, 2021

Ahli Parlimen diminta tidak buat 'perangai zoo' - Hussamuddin

Mon Jul 26 2021

Rakyat Malaysia berharap agar ahli-ahli parlimen menjaga adab dan tatasusila di dalam Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Khas Parlimen yang membuka tirai hari ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub menyeru semua ahli parlimen agar berhujah dengan bijaksana, bersantun dan berfakta.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ahli Parlimen positif COVID-19

Mon Jul 26 2021

[Kemaskini] Dua Ahli Parlimen disahkan positif, lima atau enam lagi Ahli Parlimen dikuarantin kerana kontak rapat.

12 Staf Parlimen positif, dan 58 lagi jalani kuarantin kerana kontak rapat.

Kemungkinan kehadiran MP di Dewan akan dihadkan - Speaker Dewan Rakyat @501Awani

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 26, 2021

Mesyuarat khas Parlimen bermula

Mon Jul 26 2021

Mesyuarat khas Parlimen bermula dengan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berucap tentang tata cara perjalanan mesyuarat di kala pandemik.

Mesyuarat bermula secara rasmi

Mon Jul 26 2021

Secara rasmi bermula. pic.twitter.com/8JBTfHxqjS

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 26, 2021

Loceng Parlimen dibunyikan

Mon Jul 26 2021

Loceng Parlimen dibunyikan tanda sidang akan dimulakan dan Ahli harus masuk ke dalam Dewan.

Dari pekarangan Parlimen

Mon Jul 26 2021

Sekitar Pembukaan Sidang Khas Mesyuarat Parlimen

Mon Jul 26 2021

Aturan Urusan Mesyuarat

Mon Jul 26 2021

Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat, Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas - Isnin, 26 Julai 2021

Parlimen Malaysia pic.twitter.com/3THPEefAPy

— Parlimen Malaysia (@MYParlimen) July 26, 2021

Ahli Parlimen kembali bersidang hari ini

Mon Jul 26 2021

Hanya 72 petugas media dibenarkan masuk Parlimen

Mon Jul 26 2021

Hanya 72 petugas media dibenarkan masuk Parlimen

Mon Jul 26 2021

Ahli Parlimen kembali bersidang hari ini

Mon Jul 26 2021

Kenderaan rasmi masuk ke pekarangan Parlimen

Mon Jul 26 2021

Kelihatan beberapa kenderaan rasmi yang membawa Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen mula memasuki kawasan Parlimen. @501Awani pic.twitter.com/Ake99bqw3i

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 26, 2021

Laporan wartawan Firdaus Azil di lokasi

Sun Jul 25 2021

Selamat pagi dari Bangunan Parlimen.

Hari pertama Mesyuarat Khas, Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas (2021) dengan Perdana Menteri bakal membentangkan Pelan Pemulihan Negara.

Laporan terperinci di @501Awani pic.twitter.com/kzFhGHicyZ

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) July 25, 2021

PM bentang Pelan Pemulihan Negara

Sun Jul 25 2021

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat yang dijadual bermula pukul 10 pagi, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persidangan selama lima hari itu juga akan menyaksikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memberi penerangan mengenai tindakan menangani pandemik COVID-19.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ahli Parlimen kembali bersidang hari ini

Sun Jul 25 2021

Hari ini ahli-ahli Parlimen akan kembali ke bangunan Parlimen bagi menghadiri mesyuarat khas selepas persidangan ditangguhkan sejak awal tahun ekoran pandemik COVID-19 yang kini mencecah sejuta kes.

Buat pertama kali, Ahli Parlimen akan berkumpul di bawah satu bumbung bagi mendengar penerangan, mengajukan soalan dan membahaskan beberapa perkara berkaitan proklamasi darurat dan langkah-langkah kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Suara belia perlu didengari, bukan dipandang sepi - Undi18

Sun Jul 25 2021

Pelaksanaan Mesyuarat Khas Parlimen pada Isnin disambut baik oleh Pengasas Bersama Undi18, Qyira Yusri susulan situasi darurat yang telah lama menghentikan institusi tersebut daripada bersidang.

Menurutnya, meskipun pelaksanaan itu disambut baik namun beliau turut menekankan bahawa persidangan itu perlu dijalankan secara penuh bagi membincangkan isu-isu semasa.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Perkara anda perlu tahu mengenai Sidang Khas Parlimen 26 Julai 2021

Sun Jul 25 2021

SisiTVParlimen

Sun Jul 25 2021

Jom kita pantau apa Ahli Parlimen buat sepanjang lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021.

KLIK UNTUK TONTON

Suara belia perlu didengari, bukan dipandang sepi

Sun Jul 25 2021

Beri kebebasan wakil rakyat bertanya soalan

Sun Jul 25 2021

Ruang beri maklumat kepada rakyat

Sun Jul 25 2021

Ahli Parlimen UMNO digesa undi sokong bahas dan batal Proklamasi Darurat

Sun Jul 25 2021

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, sempena Mesyuarat Khas Parlimen yang akan bermula esok, parti berkenaan telah membuat ketetapan untuk Ahli-ahli Parlimennya.

Ahli-ahli Parlimen UMNO, kata Ahmad Zahid, mesti menzahirkan pendirian parti untuk mengusulkan agar Parlimen membahaskan dan membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya melalui undi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Wujudkan giliran sistematik, ini bukan masa berpolitik

Sun Jul 25 2021

Mesyuarat Khas Parlimen yang berlangsung pada esok diharap dapat menjadi platform kebebasan untuk setiap wakil rakyat bersuara termasuk pembangkang untuk bertanyakan soalan.

Demikian pandangan yang diberikan Ahli Parlimen Kota Belud merangkap Ketua Wirawati Warisan, Isnaraissah Munirah Majilis yang mengharapkan wujudnya sistem giliran lebih sistematik supaya semua pihak diberikan peluang sama rata dalam Dewan Rakyat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Medium terbaik, perlu perincian jelas menuju endemik

Sun Jul 25 2021

Pelaksanaan ketetapan UMNO mengenai Proklamasi Darurat dan ordinan

Sun Jul 25 2021

Hanya 72 petugas media dibenarkan masuk dewan - Azhar

Sun Jul 25 2021

Jumlah petugas media dihadkan kepada 72 orang bagi liputan Mesyuarat Khas Parlimen yang bermula esok, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan kebimbangan dengan situasi semasa penularan COVID-19 termasuk varian Beta dan Delta yang kini berada dalam komuniti di beberapa kawasan di negara ini.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Dari mana datang persepsi tidak boleh debat? - Azhar

Sun Jul 25 2021

Mesyuarat Khas akan mula 10 pagi - 5.30 petang

Sun Jul 25 2021

'Dari mana datang persepsi tidak boleh debat?' - Azhar

Sun Jul 25 2021

Datuk Azhar Azizan Harun mengakui tidak tahu dari mana datangnya persepsi tiada debat dibenarkan semasa Mesyuarat Khas Parlimen yang akan bermula 26 Julai ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat itu menegaskan, notis yang dihantar jelas memperincikan kebenaran bertanya, cadangan serta perbincangan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Mesyuarat Khas Parlimen akan mula 10 pagi hingga 5.30 petang - Azhar

Sun Jul 25 2021

Mesyuarat Khas Parlimen akan bermula pada pukul 10 pagi sehingga 5.30 petang, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Jelasnya, persidangan akan berehat sebentar pada pukul 1 petang sebelum disambung semula pada pukul 2.30 sehingga tamat waktu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tiada sidang hibrid, semua Ahli Parlimen boleh hadir - Azhar

Sun Jul 25 2021

Kesemua 220 Ahli Parlimen dibenarkan menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang berlangsung di Dewan Rakyat mulai esok (Isnin) hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata cadangan untuk melaksanakan sidang khas Dewan Rakyat secara hibrid ditangguhkan dan soal pelaksanaannya juga tidak akan dibincangkan pada mesyuarat khas itu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan perlu benarkan perbahasan - Asyraf Wajdi

Sun Jul 25 2021

Kerajaan menerusi Perdana Menteri yang merupakan Ketua Majlis Parlimen mesti membenarkan Usul Proklamasi dan Ordinan-Ordinan Darurat dibahaskan dan dilakukan pengundian oleh Ahli-Ahli Parlimen bagi memenuhi hak Perlembagaan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kegagalan melakukannya boleh dianggap menderhakai titah Yang di-Pertuan Agong.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Fokus isu rakyat, jangan asyik berpolitik

Sun Jul 25 2021

Pandangan Ahli Parlimen Santubong

Sun Jul 25 2021

Pandangan Ahli Parlimen Kota Belud

Sun Jul 25 2021

'Tempoh mesyuarat khas sudah memadai'

Sun Jul 25 2021

Parlimen medium terbaik, perlu perincian jelas menuju endemik - Shahril Hamdan

Sun Jul 25 2021

Mesyuarat Khas Parlimen yang akan bermula esok perlu menjadi medium terbaik untuk mengumpul pandangan dan penambahbaikan dalam mendepani pandemik COVID-19 yang belum berkesudahan.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, perincian berkenaan semua perkara berkait usaha menentang pandemik ini perlu dibentangkan dengan jelas supaya cadangan penambahbaikan dapat diutarakan.



BACA BERITA PENUH DI SINI

Parlimen medium terbaik, perlu perincian jelas menuju endemik - Shahril Hamdan

Sun Jul 25 2021

Mesyuarat Khas Parlimen yang akan bermula esok perlu menjadi medium terbaik untuk mengumpul pandangan dan penambahbaikan dalam mendepani pandemik COVID-19 yang belum berkesudahan.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, perincian berkenaan semua perkara berkait usaha menentang pandemik ini perlu dibentangkan dengan jelas supaya cadangan penambahbaikan dapat diutarakan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

BN batalkan mesyuarat 'pre-council' bersama Ahli Parlimen parti secara bersemuka

Sun Jul 25 2021

Majlis Mesyuarat Pre-Council Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dijadualkan berlangsung di Menara Dato' Onn malam ini telah diubah menjadi mesyuarat secara maya.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberitahu Astro AWANI, tiada sebarang mesyuarat atau perjumpaan secara bersemuka.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Zahid Hamidi sahkan jalani kuarantin kendiri

Sun Jul 25 2021

Tempoh masa sudah memadai, nak buat lebih tunggu keadaan reda - Penganalisis

Sun Jul 25 2021

Sidang Khas Parlimen yang akan berlangsung bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini, dilihat sudah memadai untuk membawa sebarang permasalahan dan isu bagi dibincangkan.

Penganalisis politik dan pensyarah kanan Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berpendapat, tidak sesuai untuk melangsungkan sidang Parlimen dalam tempoh masa yang panjang kerana situasi COVID-19 yang masih belum dapat dikawal.


BACA BERITA PENUH DI SINI

7 Ahli Parlimen lapor polis terhadap Menteri

Sun Jul 25 2021
#Mesyuarat Khas Parlimen#ahli Parlimen#Sidang Parlimen#persidangan ditangguhkan#COVID-19
AWANI Pagi test

AWANI Pagi test

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.