awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA perjelas dakwaan sokong PN

Sinar Harian
Sinar Harian
30/11/2022
14:15 MYT
MCA perjelas dakwaan sokong PN
Dr Hang Soon mendedahkan, pemimpin-pemimpin kanan BN memaklumkan supaya gabungan itu menyokong PN bagi membentuk kerajaan. - Gambar fail
SHAH ALAM : Pemimpin MCA tampil menjelaskan ‘kekeliruan’ berhubung dakwaan parti itu menyokong Perikatan Nasional (PN) selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon melalui hantaran di Facebook mendedahkan, pemimpin-pemimpin kanan BN memaklumkan supaya gabungan itu menyokong PN bagi membentuk kerajaan.
“Selepas berakhirnya PRU15, MCA telah dimaklumkan oleh pemimpin-pemimpin kanan dalam BN bahawa gabungan itu patut bersama PN bagi membentuk kerajaan berdasarkan keputusan yang dibuat sebelum PRU15 iaitu, 'No DAP, No Anwar'.
“Situasi sama turut berlaku kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS). Laporan berita juga banyak menyiarkan mengenai sokongan GPS kepada PN selepas mereka dimaklumkan bahawa BN bersetuju menyokong PN,” katanya pada Rabu.
Bagaimanapun ujar Hang Soon, Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang pertama kali diadakan selepas PRU15 memutuskan bahawa BN berkecuali dan kekal sebagai pembangkang.
Susulan itu jelas beliau, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong juga telah mencadangkan individu yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong mana-mana pihak perlu menarik semula sokongan mereka dengan serta-merta.
“Ekoran daripada itu, BN telah mengarahkan semua ahli Parlimen gabungan itu supaya segera menarik balik sebarang SD sokongan tersebut,” katanya.
Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan mendakwa PN mempunyai SD daripada MCA dan MIC bagi menyatakan sokongan terhadap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai perdana menteri.
Pada 22 November lalu, Muhyiddin turut mendakwa telah menyerahkan SD daripada 115 ahli Parlimen membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU15
#MCA
#Sokong PN
#Mah Hang Soon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan