awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA yakin mampu rebut Parlimen Rasah

Bernama
Bernama
20/01/2018
20:00 MYT
MCA yakin mampu rebut Parlimen Rasah
Pada PRU13, Teo Eng Kian daripada MCA tewas kepada Teo Kok Seong daripada DAP dengan majoriti 24,101 undi untuk kerusi Parlimen Rasah. - Gambar hiasan
MCA yakin mampu memberikan saingan bagi merebut kerusi Parlimen Rasah daripada DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Ketua Biro Perundangan Pemuda MCA Kebangsaan, Ng Kian Nam berkata, keyakinan itu berdasarkan maklum balas pengundi dan hasil daripada gerak kerja yang dilakukan parti itu sejak setahun lepas.
"Melihat kepada gerak kerja kita selama ini, saya mendapati masyarakat Cina khususnya telah mula menunjukkan sokonan kepada Barisan Nasional (BN).
"Daripada maklum balas mereka, mereka mahukan wakil rakyat baharu yang dapat memenuhi aspirasi mereka," katanya kepada Bernama di sini, malam tadi.
Ng adalah antara individu yang disebut-sebut untuk mengalas cabaran sebagai calon bagi kawasan Parlimen Rasah pada PRU14.
Pada PRU13 lepas, Teo Eng Kian daripada MCA tewas kepada Teo Kok Seong daripada DAP dengan majoriti 24,101 undi.
Terdahulu, Ng dalam ucapannya pada majlis sembang teh tarik mendakwa 'tsunami Melayu' yang dimainkan DAP bahawa pengundi Melayu akan bangkit menyokong pembangkang adalah hanya bertujuan bagi meraih undi khususnya dalam kalangan masyarakat Cina.
"Mereka (DAP) sengaja memainkan isu itu kerana mereka mahu yakinkan pengundi bahawa mereka telah memiliki sokongan yang kuat. Tsunami Melayu merupakan alasan tak berasas dan kerana hendak memancing undi." dakwanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Penerangan MCA Negeri Sembilan Dafney Ho Choy Shin, Pemangku Ketua UMNO Cawangan Rasah Jaya Norasham Jaafar dan Ketua Bahagian Rasah Parti Makkal Sakti Naliny Devi serta 30 orang hadirin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Cina
#DAP
#MCA
#Melayu
#Ng Kian Nam
#Parlimen
#pengundi
#pilihan raya umum
#PRU14
#tsunami melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan