MELAKA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2022 bagi menurunkan kelayakan umur daripada 21 kepada 18 tahun untuk seseorang individu layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Pindaan rang undang-undang itu dicadangkan berikutan Parlimen telah meminda Seksyen 5 Jadual ke-8 Perlembagaan Persekutuan, berkuat kuasa 11 Sept 2019, yang menurunkan had umur layak bertanding daripada 21 ke 18 tahun bagi calon Ahli Dewan Rakyat.
Pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan dibahaskan beberapa ADUN sebelum diluluskan selepas bacaan kali ketiga.
Terdahulu semasa sesi perbahasan, Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) berkata pindaan had umur berkenaan adalah satu penghargaan kepada penglibatan dan peranan orang muda dalam politik negara.
"BN (Barisan Nasional) sentiasa konsisten menyokong dalam isu penurunan had umur mengundi ini. Mereka sudah cukup dewasa dan matang untuk membuat keputusan dan seiring zaman kini, mereka sudah cukup matang malah mampu terlibat dalam proses membuat dasar," katanya.
Sementara itu Kerk Chee Yee (DAP-Ayer Keroh) berkata walaupun ada pihak tidak bersetuju dengan pindaan tersebut berikutan persepsi kematangan orang muda yang masih belum mencapai tahap sepatutnya, namun ia membantu menyuburkan demokrasi negara.
"Itu (umur) bukan soalnya tetapi ini lebih kepada soal keadilan. Adakah kita bersedia melibatkan anak muda dalam proses pilihan raya?
"Jadi ini langkah pertama dalam memberi ruang kepada mereka dalam politik malah pilihan raya. Ini juga sebagai satu proses untuk mereka faham mengenai demokrasi," katanya.
Rang undang-undang berkenaan diluluskan dengan sokongan majoriti 25 ADUN manakala tiga ADUN tidak hadir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022

Pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Sulaiman dan dibahaskan beberapa ADUN sebelum diluluskan selepas bacaan kali ketiga. - Gambar/ Ketua Menteri Melaka

Balak Asli | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022

AFCON 2023 ditunda ke Januari 2024
Kejohanan itu sepatutnya diadakan di Ivory Coast pada waktu rehat kejohanan-kejohanan di Eropah tahun depan.

Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

AWANI Pagi: Kelebihan pertanian kendiri
#AWANIpagi berbincang isu pertanian pintar bersama Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, UTM, Professor Dr Ida Idayu Muhamad.

Pasca COVID-19: Trend percutian, pelancongan semakin berubah
Sktor pelancongan dan pelancongan yang lebih inklusif dan berdaya tahan perlu dibina.

AWANI Pagi: Usahawan FELDA | Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung
#AWANIpagi membincangkan isu sekuriti makanan, antaranya agensi yang terlibat dalam agenda sekuriti makanan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Ketua NASA dakwa China mahu tuntut bulan
China sebelum ini menyatakan bahawa ia merancang untuk menghantar angkasawan ke bulan menjelang tahun 2025.

Melaka lulus pindaan had umur 18 tahun layak jadi ADUN
Pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan dibahaskan beberapa ADUN sebelum diluluskan selepas bacaan kali ketiga.

Dira anggap pelantikan sebagai Timbalan Speaker DUN penghormatan buat wanita
Dira berkata, peluang yang diberikan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan beliau berjanji akan menjalankan tugas dengan penuh amanah.

Tujuh ADUN Melaka tidak hadir persidangan DUN disebabkan COVID-19
Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka tidak hadir ke Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 hari ini disebabkan COVID-19.

COVID-19: Persidangan DUN Melaka dipendekkan kepada sehari
Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 yang sepatutnya berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis, dipendekkan kepada sehari sahaja.

DUN Melaka ucap tahniah, beri penghormatan kepada 'Abang Viva'
Ketua Menteri tersentuh hati dengan tindakan Azwan yang sanggup ambil cuti untuk meredah kepayahan bagi menyelamatkan mangsa banjir.

DUN Melaka: Berhenti berpolitik, jalan terus buat kerja sebagai ADUN - Ahmad Faizal
"Jangan gaduh dengan siapa-siapa dan terus tunaikan tangggung jawab serta amanah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah dipilih."

RASMI: BN kembali terajui Melaka, menang bergaya tawan 21 kerusi
Barisan Nasional berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15, dengan kedudukan selesa dua per tiga majoriti.
![[LAPOR LANGSUNG] BN menang dengan majoriti dua pertiga kerusi [LAPOR LANGSUNG] BN menang dengan majoriti dua pertiga kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637452242_TBBNMENANG.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] BN menang dengan majoriti dua pertiga kerusi
BN menang 21 kerusi dan berjaya membentuk kerajaan negeri di Melaka dengan majoriti dua pertiga kerusi pada PRN Melaka.

PRN Melaka: Pusat pengundian dibuka, bermula 8 pagi
Proses membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, akan dikendalikan seramai 12,290 petugas.

PRN Melaka: Apa senario yang mungkin ada?
Apakah keputusan yang bakal dicapai di Pilihan Raya Negeri Melaka esok? Parti mana pula akan memiliki majoriti untuk tubuh kerajaan?