PEMBUBARAN Parlimen pada Isnin membuka ruang kepada pelaksanaan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dalam usaha mengembalikan semula mandat kepada rakyat memilih pemimpin yang diyakini mereka.
Berbeza dengan beberapa PRU yang telah diadakan, PRU15 mengetengahkan beberapa perkara baharu yang mungkin tidak pernah disaksikan sebelum ini.
Berikut fakta menarik tentang PRU15:
PARTI & GABUNGAN BAHARU
Buat kali pertama, empat parti baharu akan bertanding dalam PRU15, sekali gus menghangatkan suasana politik tanah air negara.
Parti dan gabungan itu terdiri daripada Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Gerakan Tanah Air (GTA) yang merupakan gabungan beberapa parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), dan golongan profesional.
[INFOGRAFIK] PRU15 | Parti-parti politik bertanding di Semenanjung, Sarawak, Sabah
Keempat-empat parti dan gabungan ini bakal mempertaruhkan pengalaman dan tawaran pembaharuan politik baharu sekali gus membawa reformasi arena politik negara.
UNDI 18
Pemilih berdaftar terkini yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan Mei 2022 pada 16 Jun lalu, berjumlah 21,113,234 orang.
Daripada jumlah itu, seramai 1,141,749 orang iaitu 5.4 peratus adalah pemilih berumur 18 tahun hingga 20 tahun, manakala baki 19,971,485 orang atau 94.6 peratus ialah pemilih berumur 21 tahun dan ke atas.
Penguatkuasaan had umur pemilih daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun pada 15 Disember 2021 menyaksikan pertambahan ketara pemilih seramai 5.8 juta orang yang mana 1.2 juta adalah terdiri daripada golongan anak muda berusia 18 hingga 20 tahun.
Jumlah pengundi berdaftar dijangka meningkat kepada 22.7 juta menjelang 2023, menyaksikan peningkatan hampir 50 peratus berbanding 14.9 juta yang direkodkan menerusi daftar pemilih Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018.
WAKTU MENGUNDI DIPANJANGKAN
Tempoh masa pengundian pada PRU15 akan dipanjangkan selama satu jam bagi Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.
Bagi Semenanjung, waktu mengundi bermula jam 8 pagi hingga 6 petang, manakala jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi Sabah dan Sarawak.
Pemanjangan tempoh masa berkenaan, berbanding jam 8 pagi hingga 5 petang pada PRU14, dapat memberi masa yang mencukupi kepada pemilih untuk mengundi.
AKTA ANTILOMPAT PARTI
Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, telah berkuat kuasa 5 Ogos lalu.
Dengan pelaksanaan akta itu, mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti pada atau selepas tarikh terbabit, akan hilang kelayakannya.
Akta A1663 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos dan diwartakan pada 6 September lalu.
Akta itu sebelum ini diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada 28 Julai lalu dengan sokongan majoriti seramai 209 Ahli Dewan Rakyat dan sokongan majoriti seramai 52 senator di Dewan Negara pada 9 Ogos.
PEMBUBARAN DUN DAN PARLIMEN
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kali ini dilihat menarik dengan banyak negeri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan PAS tidak mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing atas faktor memasuki musim peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang dikhuatiri mengundang bencana banjir.
[INFOGRAFIK] Pecahan 222 kerusi Parlimen dalam PRU-15
Walaupun ini bukan perkara baharu apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung tanpa diiringi Pilihan Raya Umum (PRU), namun ia membawa kepada persoalan berkaitan penggunaan sumber, risiko banjir, kos pilihan raya dan sebagainya.
Pakatan Harapan menegaskan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor tidak akan dibubarkan, sementara Pas juga setakat ini dilihat mengambil pendirian sama terhadap Kedah, Terengganu dan Kelantan yang diperintah parti tersebut.
Hanya negeri-negeri di bawah pemerintahan BN seperti Pahang, Perlis dan Perak yang dilihat akan membubarkan DUN masing-masing untuk diselarikan dengan tarikh PRU15.
PEMBENTANGAN SEMULA RUU
Sekurang-kurangnya tujuh rang undang-undang (RUU) termasuk RUU Perbekalan 2023 atau lebih dikenali Bajet 2023 perlu dibentangkan semula oleh kerajaan baharu yang dibentuk kelak.
Selain Bajet 2023, enam lagi membabitkan RUU yang sudah diluluskan di Dewan Rakyat pada sesi minggu lalu namun belum dibawa ke Dewan Negara perlu dibentang semula di bawah pentadbiran kerajaan baharu.
Ia membabitkan RUU Kualiti Alam Sekeliling, RUU Kesatuan Sekerja, RUU Tenaga Boleh Baharu, RUU Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari, RUU Kanun Keseksaan, dan RUU Kanun Tatacara Jenayah.
PARTI POLITIK BENTUK KERJASAMA SELEPAS PRU15
Umum mengetahui, kesepakatan untuk membentuk gabungan bagi memasuki gelanggang pilihan raya secara tradisinya di Malaysia dibentuk sebelum pembubaran Parlimen atau PRU itu berlangsung.
[INFOGRAFIK] Kerusi Dewan Rakyat
[INFOGRAFIK] Komposisi Terakhir Dewan Rakyat
Namun kini ketidakpastian memuncak susulan ramai pemerhati politik berpendapat sukar untuk sesebuah parti tunggal atau gabungan mendapatkan majoriti untuk membentuk kerajaan.
Justeru, kesepakatan atau kerjasama dilihat akan lebih relevan sekiranya ia dilaksanakan selepas PRU15 melihat kepada jumlah kerusi yang dimenangi gabungan atau parti masing-masing bagi mencapai angka 112 kerusi Parlimen.
PRU DAN BANJIR
Bukan lagi rahsia bahawa PRU kali ini diadakan ketika mana negara memasuki fasa peralihan Monsun Timur Laut yang mengundang risiko bencana banjir.
Perkara itu telah dikeluarkan amaran awal oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkenaan ribut petir, angin kencang yang membawa kepada kenaikan air di sungai-sungai utama negara juga kesan daripada fenomena La Nina.
Justeru, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tanggungjawab berat dan sukar dalam menentukan tarikh PRU bagi memastikan impak risiko banjir ketika proses pengundian dapat diminimumkan, sekali gus memastikan peratusan mengundi kekal tinggi seperti PRU14 lalu, dan menjamin proses demokrasi sihat dalam negara.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
PRU15 | Pengundi di Terengganu sedia tunai tanggungjawab
Afiezy Azaman
Tue Oct 11 2022

Pembubaran Parlimen membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan. -Gambar hiasan

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Gempa Turkiye | Tindak balas operasi menyelamat dipercepatkan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui terdapat sedikit masalah dalam tindak balas pasukan penyelamat pasca gempa bumi yang menggegarkan selatan negara itu.

Misi Kemanusiaan | Malaysia-Turkiye bekerjasama atur gerak langkah operasi
Malaysia dan Turkiye akan bekerjasama dalam mengatur operasi misi kemanusiaan ke tenggara Turki yang terjejas akibat gempa. Ia bagi memastikan saluran bantuan dapat diperhalusi mengikut keperluan.

Gempa Bumi Turkiye | Dentie dan Frankie sertai misi SAR ke Turkiye
Dua ekor unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diterbangkan ke Turkiye bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.

Gempa Bumi Turkiye | Operasi SAR pasukan SMART dipecah kepada beberapa unit - NADMA
Tujuh puluh anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye, kini dipecahkan kepada beberapa unit pasukan kecil mengikut objektif dan keperluan yang berbeza.

'Jun adalah masa terbaik adakan PRN' - Ketua Menteri P. Pinang
Kerajaan Pulau Pinang tetap dengan pandangannya bahawa masa yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) adalah antara Mei hingga Julai.

Daftar Pemilih Tambahan November 2022 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2022 (DPT BLN11/2022) yang diperaku semalam dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 4 Feb.

Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2022 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2022 (DPT BLN10/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai hari ini hingga 12 Jan depan.

Mahkamah Rayuan tetap 18 Mei 2023 dengar permohonan Rosmah cabar pelantikan Sri Ram
Mahkamah Rayuan telah menetapkan 18 Mei 2023 untuk mendengar rayuan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung semakan kehakiman beliau bagi mencabar pelantikan seorang bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

PRU15: 161,063 bakal mengundi di Padang Serai, Tioman hari ini
Sebanyak 46 pusat mengundi, dengan 230 tempat mengundi akan dibuka untuk tujuan pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Padang Serai, yang membabitkan 2,468 petugas.

Di sebalik tabir PRU15: Petugas pilihan raya wira tidak didendang
Tidak ramai yang tahu insan-insan di belakang tabir ini yang telah berkorban masa dan tenaga demi memastikan PRU15 berjalan lancar.

Pasca PRU15: Sanusi setuju bincang pilihan raya serentak di enam negeri
Kerajaan negeri Kedah bersetuju untuk mengadakan perbincangan bersama pimpinan lima negeri lain untuk mengadakan pilihan raya negeri secara serentak.

PRU15 dalam angka
PRU15 menyaksikan jumlah pemilih berdaftar meningkat kepada lebih 21.17 juta pemilih dengan kira-kira separuh darinya pengundi muda iaitu seramai 10.6 juta orang.

PRU15: Proses pengundian P.220 Baram pada 21 Nov - SPR
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Indera Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan hari ini.

PRU15: Parlimen tergantung, tumpuan kini terarah ke Istana Negara
Tiada satu pun parti politik atau gabungan parti yang mencapai jumlah majoriti yang diperlukan, iaitu 112 kerusi.