awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menjelang PRU15: "Saya kena beri arahan jelas kepada ahli" - Saarani

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/09/2022
11:05 MYT
Menjelang PRU15: "Saya kena beri arahan jelas kepada ahli" - Saarani
Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau perlu memberi arahan yang jelas kepada ahli-ahli UMNO berhubung keputusan untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar fail BERNAMA
LENGGONG: Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau perlu memberi arahan yang jelas kepada ahli-ahli parti itu berhubung keputusan untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sebagai pengerusi, Saarani menegaskan, beliau tidak mahu menyusahkan ahli-ahli parti.
“Ahli saya mesti mendapat hala tuju yang jelas, jadi sebab itu saya buat penjelasan… muktamad supaya semua ahli UMNO bersiap sedia untuk berperang secara solo, that’s all.
“Sebab saya kena bagi arahan yang jelas kepada ahli saya, saya tak nak ahli saya keliru, sekejap A, sekejap B, sekarang A. Jadi, kita buat persiapan ke arah itu,” kata Saarani.
Menteri Besar Perak itu berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen program empower Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Kolej Pengajian Tinggi Mara, di sini, pada Selasa.
Pada Rabu lalu, Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, pihaknya percaya masih ada ruang untuk perbincangan antara parti di dalam kerajaan termasuk UMNO dan Pas selagi PRU15 belum berlaku.
Menurutnya, Pas Perak juga yakin kenyataan Saarani bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi PRU15 tidak akan menjejaskan hubungan antara Exco dari kedua-dua parti itu.
Topic Berkaitan
#PRU15
#UMNO bergerak solo
#Saarani Mohamad
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan