KUALA LUMPUR: Beberapa menteri dari Sabah dan Sarawak yang baru dilantik hari ini menyatakan azam melakukan yang terbaik bagi mengemudi kementerian masing-masing, menyedari hakikat rakyat yang menaruh harapan yang besar terhadap kepimpinan baharu negara.
Sambil menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberikan, rata-rata mereka menyifatkan tanggungjawab yang perlu digalas itu sebagai satu cabaran dan amanah dalam berkhidmat untuk rakyat dan negara.
Menteri Kanan yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pelantikan beliau adalah tanggungjawab besar demi rakyat dan negara, terutama sekali ketika negara masih berhadapan penularan pandemik COVID-19.
Fadillah dalam kenyataan hari ini berkata fokus pada ketika ini adalah bagi memastikan kestabilan politik, menangani pandemik COVID-19 dan menjayakan pemulihan ekonomi negara demi kelangsungan kehidupan rakyat.
Beliau yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Ahli Parlimen Petra Jaya turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pelantikan tiga menteri penuh, serta empat timbalan menteri daripada gabungan parti itu dalam kabinet baharu yang diumumkan hari ini.
Dalam barisan 'Kabinet Berorientasikan Hasil' yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, enam wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak dilantik sebagai menteri dan 10 timbalan menteri, dengan kebanyakan mereka kekal dengan portfolio yang disandang pada pentadbiran terdahulu.
Sementara itu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyifatkan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri untuk terus mengemudi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) adalah besar bagi menjamin sekuriti makanan negara.
Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, beliau memerlukan sokongan dan kerjasama jabatan serta agensi-agensi di bawah kementerian itu bagi melaksanakan amanah yang telah diberikan.
"Saya akan menggalas tanggungjawab ini dan melakukan yang terbaik untuk memastikan jaminan sekuriti makanan negara, kelangsungan rantaian bekalan makanan dan industri agromakanan serta memelihara kebajikan warga tani keseluruhannya demi #Keluarga Malaysia," katanya dalam kenyataan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong pula berazam melakukan yang terbaik bagi mendepani cabaran membantu sektor pelancongan dan kebudayaan.
"Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, menteri yang dilantik hendaklah menunjukkan prestasi yang baik dalam tempoh 100 hari. Kepada pasukan kerja MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan), mari kita bersama melangkah maju kehadapan, kita jayakannya," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata isu-isu melibatkan Sabah dan Sarawak, yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan ditangani, dilaksanakan, dan disokong; konsisten dengan harapan orang ramai terhadap kabinet baharu.
Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata beliau akan bekerjasama rapat dengan Ismail Sabri, serta Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, bagi melaksanakan apa yang telah dirancang sebelum ini, di samping mengemukakan pelan tindakan baharu.
Ongkili berkata peranan beliau semestinya penting dan strategik, terutama berkaitan isu MA63, yang menjadi perbualan ramai.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pula berkata usaha memulihkan ekonomi rakyat, sektor peruncitan dan perdagangan domestik negara akan menjadi tumpuan beliau berdasarkan pengalaman menerajui kementerian itu selama 17 bulan sebelum ini.
"Ini merupakan satu kepercayaan dan tanggungjawab besar untuk saya meneruskan segala inisiatif dan usaha bagi menjaga kepentingan pengguna dan perniagaan domestik di dalam negara," katanya yang juga Ahli Parlimen Kapit dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) akan memberikan peluang kepada beliau untuk membawa pembaharuan di Parlimen dan struktur perundangan.
Beliau berkata pembaharuan yang ingin dibawanya adalah dengan hasrat menjadikan institusi parlimen negara dan struktur perundangan menjadi lebih sesuai dengan keadaan semasa dan relevan untuk disesuaikan dengan landskap politik semasa.
"Saya juga akan memberi keutamaan kepada usaha memastikan hak penduduk di Sabah dan Sarawak terus dijaga, sebagaimana yang termaktub dibawah Perjanjian Malaysia 1963," katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 27 2021
Datuk Seri Ronald Kiandee menerajui MAFI, manakala Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (KPDNHEP).
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Menteri dari Sabah dan Sarawak zahir kesyukuran, tekad kemudi kementerian dengan baik
Beberapa menteri dari Sabah dan Sarawak yang baru dilantik hari ini menyatakan azam melakukan yang terbaik bagi mengemudi kementerian masing-masing.