awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat khas SPR bagi urusan PRK Parlimen Kemaman 17 Okt

Bernama
Bernama
11/10/2023
08:49 MYT
Mesyuarat khas SPR bagi urusan PRK Parlimen Kemaman 17 Okt
Ikmalrudin memaklumkan SPR telah menerima Laporan Hakim Pilihan Raya susulan keputusan petisyen yang membatalkan keputusan bagi Parlimen P040 Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 Nov lepas. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu pada 17 Okt ini.
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pihaknya telah menerima Laporan Hakim Pilihan Raya susulan keputusan petisyen yang membatalkan keputusan bagi Parlimen P040 Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 Nov lepas.
Beliau berkata sehingga tamat tempoh 14 hari rayuan, tiada notis rayuan difailkan terhadap keputusan itu.
"Sehubungan itu, selaras dengan Seksyen 36C Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, SPR akan mengeluarkan notis pilihan raya bagi mengisi kekosongan kerusi itu dalam tempoh 60 hari dari tarikh akhir ditetapkan untuk pemfailan rayuan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Ikmalrudin berkata mesyuarat khas itu, yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dijangka membincangkan tarikh-tarikh penting PRK seperti hari bagi writ pilihan raya, penamaan calon serta pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.
Beliau berkata satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu.
Pada 26 Sept lepas, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili Pas setelah pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.
Pada 3 Okt lepas, Pas memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen Parlimen Kemaman yang membatalkan kemenangan parti itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mesyuarat lhas SPR
#pilihan raya kecil
#parlimen kemaman
#Ikmalrudin Ishak
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan