awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat MN bincang kemasukan Bersatu malam ini batal

Firdaus Azil
Firdaus Azil
19/10/2020
14:34 MYT
Mesyuarat MN bincang kemasukan Bersatu malam ini batal
Annuar Musa yang juga Setiausaha Agung Bersama Sekretariat MN mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Astro AWANI. -Gambar fail
KUALA LUMPUR :Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN) yang sepatutnya berlangsung di Menara Dato’ Onn malam ini, telah dibatalkan pada saat akhir.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, yang juga Setiausaha Agung Bersama Sekretariat MN mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Astro AWANI.
“Ya,” ujar Ahli Parlimen Ketereh itu bila ditanya mengenai pembatalan berkenaan.
Terdahulu media telah berada di lobi Menara Dato’ Onn seawal jam 7 malam untuk mengikuti perkembangan mesyuarat berkenaan.
Awal hari ini Annuar dilaporkan berkata, mesyuarat itu akan membincangkan kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sah ke dalam MN.
Dalam pada itu, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang sepatutnya berlangsung di Pahang esok juga dilaporkan telah ditunda.
Menurut mesej yang telah tular, mesyuarat berkenaan ditangguhkan sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang.
Mesej itu, yang didakwa hanya untuk tatapan Ahli MT sahaja, memberitahu kebimbangan pimpinan parti tentang persepsi negatif yang mungkin timbul di kalangan rakyat jika parti tetap meneruskan agenda mesyuarat, terutamanya dari sudut Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB.
Sumber yang rapat dengan kepimpinan UMNO mengesahkan mesej itu adalah sahih, tapi enggan mengulas lanjut.
Topic Berkaitan
#mesyuarat MN
#Muafakat Nasional
#dibatalkan
#bincang kemasukan Bersatu
#Menara Dato' Onn
#BN
#UMNO
#Bersatu
#Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan