awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dapur Siswa, MADANI ResQ Pek bantu pelajar UUM
Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini
Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat MP BN: Ada MP UMNO syor sokong Anwar, tolak DAP - Sumber

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/10/2020
09:28 MYT
Mesyuarat MP BN: Ada MP UMNO syor sokong Anwar, tolak DAP - Sumber
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin antara yang menghadiri mesyuarat di Menara Dato Onn pada Isnin. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR :Ada antara kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang membangkitkan cadangan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim disokong sebagai Perdana Menteri, dedah seorang daripada mereka yang menyertai perjumpaan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin.
Bagaimanapun, sumber berkenaan berkata, jika ada sebarang perbincangan dengan Pengerusi Pakatan Harapan itu, ia sama sekali tidak boleh melibatkan penyertaan DAP.
Kata sumber itu lagi, UMNO dan BN tetap berpegang pada prinsip “No DAP” jika ingin mencari jalan keluar dari kemelut politik sedang melanda negara ketika ini.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin pula memaklumkan kepada wartawan bahawa prinsip “No Anwar, No DAP” yang dipegang selama ini selari dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini.
“Apa yang kita bincang, rata-ratanya bertegas kita tidak akan bekerjasama dengan parti yang terdahulu, itu sahaja keputusan… contohnya pandangan ramai di kalangan Ahli Parlimen BN adalah “No Anwar, NO DAP”.
“Kita akan kekalkan keputusan itu sehingga Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO buat keputusan sebaliknya, maksudnya ubah yang membolehkan keputusan itu diuubah adalah kuasa MKT,” kata Zahidi lagi.
Terdahulu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan antara agenda perbincangan ialah peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, susulan titah Yang di-Pertuan Agong semalam berhubung penolakan Pengisytiharan Darurat.
LAPOR LANGSUNG: Mampukah Ahli Parlimen berhenti main politik selepas titah Agong?
BACA: Peletakan jawatan Muhyiddin antara agenda perbincangan BN - Hishammuddin
BACA: Muhyiddin, Anwar perlu berdamai dan berunding
\Sementara itu, sumber turut memaklumkan bahawa separuh daripada Ahli Parlimen BN yang hadir menyokong sekiranya Ahli Parlimen Pagoh itu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, terdapat juga pandangan agar BN menarik semula sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin.
“Tarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin ini, ada juga pandangan itu. Macam-macamlah pandangan yang diberikan, tetapi majoriti pandangan adalah “No Anwar, No DAP”.
“Dalam keadaan sekarang kita tengah berbincang. Ada juga pandangan supaya kita dapat berbincang dengan Perdana Menteri. Contohnya kebanyakan menteri kanan dan menteri penting dipegang oleh (wakil) Bersatu dan UMNO hanya menumpang.
“Begitu juga Ahli Lembaga Pengarah beberapa kementerian tidak ada (dari) UMNO dan Pas dilantik,” katanya lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pula ketika ditanya media, enggan mengulas lanjut perkara itu, sebaliknya, berkata, segala keputusan akan dibuat secara en-bloc.
“Semuanya akan dibincangkan malam ini (Mesyuarat MT UMNO). Biasanya tindakan kita (UMNO) secara en-bloc,” katanya ringkas.
Topic Berkaitan
#sokong Anwar
#Muhyiddin Yassin
#Anwar Ibrahim
#Barisan Nasional
#ahli Parlimen
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan