Empat ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bertindak meninggalkan mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Rumah Kelab Pertubuhan Alumni Universiti Malaya (PAUM) lebih awal kerana tidak bersetuju dengan isu pengguguran keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat ahli Parlimen yang lain.

Ketua Penerangan Armada Bersatu, Ulya Aqamah Husamudin berkata ia sebagai tanda protes mesyuarat parti tersebut dan meninggalkan mesyuarat itu pada sekitar 10.50 malam Khamis.

“Kami berempat keluar sebab kami protes. Ada dua perkara kami tidak boleh terima.

“Mereka hendak memuktamadkan pelucutan jawatan Dr Mahathir dan gabungan Perikatan Nasional yang sebelum ini belum sah,” katanya ketika ditemui pengamal berita pada Khamis malam.

Antara ahli MPT yang bersamanya ialah Akramsyah Muamar Ubaidah Sanusi, Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Abu Bakar Yahya dan Tariq Ismail.


Kata Ulya lagi, fasal 12 Perlembagaan Bersatu menyatakan segala keputusan dasar adalah melalui mesyuarat agung atau mesyuarat agung parti.

“Mengapa Bersatu membuat keputusan mengikut MPT sahaja?

“Semua MPT ialah ‘caretaker” sekarang sebab apabila kami hantar borang pencalonan, ia bermaksud semua jawatan kuasa pusat sudah dibubarkan.

“Seperti ‘caretaker’ kerajaan, anda tidak boleh buat keputusan mengikut dasar,” tambahnya.

Pada 28 Mei lalu, keahlian Dr Mahathir dan empat yang lain, iaitu Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli MPT Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Amiruddin Hamzah digugurkan secara automatik.

Mengulas mengenai pelucutan keahlian kelima-lima Ahli Parlimen tersebut, Akramsyah berkata, sekiranya keahlian kelima-lima mereka dilucutkan, ia harus berlandaskan tindakan yang logik.

“Isu ini menimbulkan kecurigaan dan kegusaran dalam kalangan ahli MPT.

“Jika betul Dr Mahathir tidak menyertai PN dan boleh dilucutkan jawatannya, adakah ia juga bermaksud bahawa semua ahli parlimen Bersatu yang menyertai PN juga akan dilucutkan keahliannya?” soal beliau.

Pada Khamis, jemputan ke mesyuarat MPT tergempar berkenaan dihantar Setiausaha Kerja Bersatu Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi aplikasi WhatsApp.

Namun, jemputan mesyuarat itu tidak menyenaraikan Dr Mahathir, Mukhriz dan Syed Saddiq.

Terdahulu, Pengerusi Bersatu merangkap Pemangku Pengerusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba pada 8.25 malam bagi mempengerusikan mesyuarat.

BACA: Mesyuarat MPT Bersatu: Muhyiddin, ahli MPT tiba di PAUM


Beliau dilihat meninggalkan perkarangan PAUM pada sekitar pukul 11.40 malam.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata semua perbincangan dan persoalan pada mesyuarat MPT akan diketahui pada sidang media yang akan diadakan pada Jumaat.