awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC berazam bawa transformasi kepada masyarakat India

Bernama
Bernama
31/12/2017
20:00 MYT
MIC berazam bawa transformasi kepada masyarakat India
SUMBRAMANIAM: "Menerusi usaha kami, saya yakin kami akan dapat mengisytiharkan 2018 sebagai tahun transformasi masyarakat India Malaysia." - Gambar fail
MIC berazam untuk membawa transformasi kepada masyarakat India menerusi platform dalam Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia.
Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam perutusan tahun baharunya berkata walaupun terdapat beberapa permintaan lebih penting yang belum diterima kerajaan, MIC akan terus mentransformasikan komuniti India di Malaysia dengan rangka kerja sedia ada yang digariskan oleh pelan tindakan itu.
"Transformasi sekolah-sekolah Tamil, peningkatan ekonomi, memperluas peluang pendidikan dan transformasi sosial adalah beberapa tonggak penting berdasarkan apa yang kami fikirkan untuk membawa perubahan kepada masyarakat India di negara ini.
"Menerusi usaha kami, saya yakin kami akan dapat mengisytiharkan 2018 sebagai tahun transformasi masyarakat India Malaysia," katanya dan menambah 2017 akan diingati untuk generasi akan datang apabila pelan tindakan itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 April lepas.
Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata 2018 akan menyaksikan manfaat yang bakal diperoleh daripada inisiatif oleh kementeriannya bertujuan memenuhi keperluan dan permintaan rakyat Malaysia dari segi penyampaian penjagaan kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MIC
#subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan