KUALA LUMPUR: Keputusan parti komponen Barisan Nasional (BN) MIC dan MCA untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan, bukan langkah memboikot gabungan itu dan PRN.
Sebaliknya ia merupakan keputusan konsensus dan dibuat berdasarkan peluang calon UMNO yang dilihat lebih cerah untuk memenangi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), yang bakal ditandingi BN.
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan berkata keputusan itu pernah dilakukan sebelum ini, iaitu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highland pada 2019, yang menyaksikan kerusi tradisi MIC diberikan kepada calon UMNO dan berjaya dimenangi BN pada PRK itu.
"Tidak timbul soal kita memboikot (PRN)...kita ambil semangat atau spirit Cameron Highland (PRK)...kita lihat peluang UMNO menang lebih cerah...jadi kita beri laluan pada mereka bertanding.
"Keputusan ini ialah soal kemenangan BN... kemenangan BN lebih penting daripada kemenangan parti secara individu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam Isnin, di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini.
Saravanan berkata walaupun MIC dan MCA tidak bertanding, namun sebagai parti komponen BN, jentera masing-masing akan menyokong dan membantu sepenuhnya kempen calon UMNO, bagi memenangi PRN itu.
Senada dengan beliau, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon juga menegaskan MCA akan terus menyokong calon BN dan memastikan kemenangan di setiap kerusi DUN yang ditandingi.
Terdahulu, mesyuarat berlangsung selama lebih sejam itu, dipengerusikan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri pemimpin tertinggi BN, antaranya Bendahari Agung BN Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan beberapa pemimpin tertinggi parti komponen gabungan itu.
Sebelum ini, MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu bulan depan, bagi menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Sementara itu, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan sejurus tamat mesyuarat itu memaklumkan, Mesyuarat Dewan Tertinggi BN menghormati keputusan dan komitmen parti komponen BN bagi memastikan kemenangan di semua kawasan yang ditandingi.
Beliau berkata kerjasama di antara parti komponen Kerajaan Perpaduan juga akan diperkukuh dan dipertingkatkan.
"BN juga mengarahkan persiapan dan memperkukuhkan semua jentera parti di setiap peringkat bagi menghadapi PRN ini.
"BN bersama-sama dengan Pakatan Harapan akan mengadakan Program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan di Kedah pada 15 Julai, Pulau Pinang (16 Julai) Kelantan (23 Julai) Negeri Sembilan (27 Julai) dan Terengganu (28 Julai)," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis lepas, mengumumkan PRN di enam negeri itu dijalankan secara serentak, dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023
Saravanan berkata walaupun MIC dan MCA tidak bertanding, jentera masing-masing akan menyokong dan membantu sepenuhnya kempen calon UMNO, bagi memenangi PRN itu. - Gambar fail/Bernama
Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis
Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan.
AWANI Ringkas: LHDN giat buru pihak culas bayar cukai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Scarborough Shoal: Filipina tuduh China rosakkan kapalnya
Pengawal pantai Filipina menuduh pasukan pengawal pantai China mengganggu dan merosakkan salah sebuah kapalnya di kawasan terpencil dan terumbu di Laut China Selatan, Scarborough Shoal yang menjadi pertikaian kedua buah negara.
LHDN pergiat 'buru' syarikat, individu culas bayar cukai
LHDN tidak memilih bulu dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada semua pihak yang mempunyai tanggungjawab terhadap pembayaran cukai.
Tak cadang lanjut tempoh laksana sistem e-invois - LHDN
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan menjadi kumpulan pertama untuk terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Che'gu Bard mengaku tidak salah tuduhan akta hasutan
Ahli Jawatankuas Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin aay Che'gu Bard mengaku tidak salah pertuduhan membuat penerbitan menghasut berhubung projek kasino di Forest City menerusi media sosial.
Rompin catat IPU tidak sihat
Setakat 11 pagi tadi, daerah berkenaan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap 166.
Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).