KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini sebulat suara mencadangkan Naib Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Selain itu, Ahli Parlimen Pontian itu berkata, MKT turut memutuskan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan, yang berakhir 31 Julai ini, tidak akan diteruskan.
Dalam pada itu, Ahmad berkata selain itu MKT mahu penbentangan Akta Antilompat Parti mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan.
“(Akta ini) mesti diluluskan tanpa berkompromi dengan gesaan mana-mana pihak yang cuba untuk menggagalkan mahupun cubaan untuk mengubah maksudnya kepada bentuk perundangan lain.
“UMNO berpendirian Akta Antilompat Parti mesti segera direalisasikan sebagai satu manifestasi untuk memastikan hak pengundi sentiasa terpelihara dan dihormati,” katanya lagi.
Selain itu, Ahmad berkata, satu perhimpunan Agung Khas UMNO akan diadakan pada 14 Mei depan bagi tujuan meminda Perlembagaan parti mengenai tempoh pemilihan.
Firdaus Azil
Thu Apr 14 2022

MKT UMNO hari ini sebulat suara cadangkan Naib Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum akan datang. - Gambar fail

Kes warganegara anak lahir di luar negara berhak dirayu di Mahkamah Persekutuan
Pihak terbabit dalam kes berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, masih mempunyai hak untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup bagi menyekat akses kenderaan.

Lebih 9,000 pasport yang dimohon secara dalam talian tidak dituntut
Lebih 9,000 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) telah dicetak tetapi masih tidak dituntut oleh individu yang memohon dan memperbaharui pasport berkenaan secara dalam talian.

AWANI Ringkas: KKM tidak setuju longgarkan prosedur perkhidmatan kecantikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM buka 21 kertas siasatan babit JPKK Pahang
SPRM telah membuka sebanyak 21 kertas siasatan yang melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pahang sejak 2018.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu
Siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.

Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
![AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982197/thumbnails/10997879401660222851157_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya; 1. SPRM sahkan lengkap kertas siasat individu berkaitan LCS 2. 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan anjur parti liar 3. Kalau tambat ringgit, undang risiko lebih besar, tegas Zafrul

PRU15: UMNO Kelantan setuju Ismail Sabri calon Perdana Menteri
Ia selaras dengan usul yang dikemukakan 11 daripada 14 bahagian UMNO Kelantan awal Februari lalu.

Presiden parti berjiwa besar calon Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri - Menteri Kabinet UMNO
Keputusan yang dibuat mencerminkan keterbukaan kepimpinan UMNO yang diterajui Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan beliau, Mohamad Hasan.

MKT UMNO cadang Ismail Sabri calon PM untuk PRU-15
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

PN nafi keluar surat sokong Anwar jadi PM ke-10
Surat tersebut adalah palsu dan berniat jahat untuk mengelirukan rakyat yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

'Komentar Shahril sahkan Ahmad Zahid tak layak jadi calon PM'
Dakwaan itu dibuat Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan menerusi hantaran di Facebook.

UMNO Lipis setuju jika Ismail Sabri dicalon semula sebagai PM selepas PRU15
Abdul Rahman berkata Ismail Sabri juga perlu diberi peluang memimpin dan mentadbir negara sehingga habis penggal.

PRU15: UMNO dijangka pilih Ismail Sabri sebagai calon PM
Keyakinan mengenai kemungkinan berlakunya perkara itu disuarakan oleh seorang veteran UMNO, Rafi Awang Kechik.

Enam Raja Melayu berangkat tiba di Istana Negara
Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang terawal berangkat tiba ke Istana Negara.

Kerajaan baharu disaran berkongsi kuasa, tadbir urus - Penganalisis
Jika kuasa tersebut tidak diagihkan sama rata antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, polemik politik akan berterusan.

PN setuju secara bersyarat, namakan Ismail Sabri sebagai PM
Keputusan itu dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar Kerajaan PN yang sedang menumpukan kepada usaha memerangi COVID-19.