awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamad Sabu antara calon Amanah PRK Sungai Besar - Khalid Samad

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
23/05/2016
12:57 MYT
Mohamad Sabu antara calon Amanah PRK Sungai Besar - Khalid Samad
KHALID: "Kita ada banyak lagi nama tetapi belum diputuskan lagi."
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu antara nama yang disebut akan bertanding sama pada di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad ketika bercakap kepada Astro AWANI berkata, Mohamad; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub; dan Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga antara nama yang disebut sebagai calon.
Selain nama-nama calon pimpinan Amanah pusat, parti itu juga ada menyenaraikan lima hingga enam calon yang berpotensi di peringkat tempatan.
“Antara nama-nama yang disebut adalah nama YB Nizar, nama Mohd Sabu, nama Salahuddin Ayub beberapa pemimpin pusat yang tidak lagi menjadi Parlimen buat sesi ini.
“Tetapi ada juga calon-calon tempatan yang dikenali ramai di Parlimen-Parlimen berkenaan yang mungkin boleh diturunkan juga. Kita akan buat penilain sebelum kita muktamadkan,” ujar Khalid.
Khalid pada masa sama meminta Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali untuk menghentikan rundingan dengan PAS berhubung agihan kerusi di dua PRK tersebut.
“Kita ambil petikan lirik daripada lagu Rindu Bayangan. Saya tak akan nyanyi. Kalau tak silap saya ‘usah dirayu pada yang tak sudi’. Maka, lupakan sajalah. Mereka dah tak sudi.
“Pandangan saya, kita ucapkan ribuan terima kasih kepada Azmin atas usaha dia, usaha yang ikhlas murni. Tujuannya adalah untuk menentukan kemenangan dalam pilihan raya, satu lawan satu dengan BN, tapi malangnya kita semua melihat PAS tidak sanggup berunding,” kata Khalid.
Justeru katanya, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan berlangsung dalam masa terdekat bakal mengumumkan parti yang akan bertanding di kedua-dua PRK tersebut.
Topic Berkaitan
#Khalid Abdul Samad
#Mohamad Sabu
#PRK Kuala Kangsar
#PRK Sungai Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan