KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.
"Saya kekal mempertahankan jawatan (Naib Presiden UMNO)," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran Universiti UCSI Kampus Cawangan Bangladesh di sini hari ini.
Dua lagi penyandang naib presiden ialah bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Sementara itu di JOHOR BAHRU, Ketua Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan UMNO.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin itu berkata langkah permulaanya ke peringkat nasional itu mendapat persetujuan daripada pucuk pimpinan bahagian dan negeri serta Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
"Saya akan cuba memastikan ada kesinambungan, sekali gus membawa imej pemuda yang sentiasa lantang bersuara untuk kepentingan rakyat," katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, ketika ditemui baru-baru ini.
Ketua Pemuda UMNO Johor sejak 2018 itu berkata bagi jawatan berkenaan, beliau dijangka berentap dengan anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datuk Mohd Nazifuddin dalam saingan tiga atau empat penjuru.
Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO disandang oleh Shahril Sufian Hamdan sebelum beliau digantung oleh parti selama enam tahun baru-baru ini.
Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Feb lepas hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Cawangan ialah pada 1 hingga 26 Feb ini.
Selain itu, Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini.
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023. - Fail/BERNAMA

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

Prayuth bakal berdepan situasi ketidaktentuan
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan O-Cha dijangka berdepan situasi ketidaktentuan sekiranya dilantik semula bagi jawatan itu jika menang dalam Pilihan Raya Umum negara itu pada Mei depan.

Gereja di Burlington musnah akibat kebakaran
Kebakaran besar tercetus melibatkan sebuah gereja di Burlington, New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin dengan api dilaporkan mula merebak sejak pukul 6 petang.

UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.

"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.

Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.

Pemilihan UMNO: Sik sengit, ketua bahagian hanya menang satu undi
Pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 di negeri Kedah menyaksikan Sik menjadi bahagian paling sengit apabila jawatan Ketua Bahagian dimenangi dengan majoriti satu undi sahaja.

Kepimpinan baharu UMNO berdepan cabaran pulihkan imej parti - Penganalisis
Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar tanggungjawab kepimpinan baharu ini adalah memulihkan keyakinan pengundi Melayu terhadap UMNO.

Anak Najib menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin, memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi dalam pertembungan dua penjuru pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026, semalam.

Pemilihan UMNO: Hampir semua ketua bahagian di Perak kekal
Hampir semua Ketua UMNO Bahagian di Perak berjaya mengekalkan jawatan masing-masing pada Pemilihan UMNO yang dijalankan pada Sabtu.

UMNO perlu segera bentuk parti mantap selepas pemilihan, tarik semula keyakinan orang Melayu
UMNO perlu bersiap siaga dengan segera membentuk parti yang mantap dan menarik semula keyakinan pengundi Melayu selepas selesai proses pemilihan.