awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Yadzil Ketua Pembangkang DUN Melaka

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
13/12/2022
04:51 MYT
Mohd Yadzil Ketua Pembangkang DUN Melaka
Dr Mohd Yadzil Yaakub secara rasmi dipilih sebagai Ketua Pembangkang mewakili blok Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. - Gambar Astro AWANI
AYER KEROH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub secara rasmi dipilih sebagai Ketua Pembangkang mewakili blok Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Kedudukan Pengerusi PN negeri itu bagi menggantikan ADUN Bukit Katil yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Adly Zahari selepas gabungan itu secara rasmi mengesahkan menyertai Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri.
“Memandangkan pada saat ini telah disahkan oleh Pengerusi PH sendiri bahawa mereka berada dalam blok kerajaan, jadi secara automatik saya bersama seorang lagi ADUN PN Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof merupakan dua sahaja wakil pembangkang yang tinggal dan kedudukan di dewan juga telah berubah.
“Sebagai Pengerusi PN saya akan jadi Ketua Pembangkang dan sepertimana di kerajaan Pusat, kita akan kekal sebagai pembangkang yang lebih aktif supaya dapat memainkan peranan penting sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di Dewan Persidangan DUN, di sini, hari ini.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri November tahun lalu, DUN Melaka menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya mendominasi 21 daripada 28 kerusi DUN manakala blok PH lima kerusi dan PN, dua kerusi.
Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU-15) baru-baru ini, bagaimanapun, menyaksikan gabungan antara BN dan PH sekali gus kedudukan kerusi di DUN Melaka berubah pada persidangan kali ini.
Dalam pada itu Mohd Yadzil yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri berkata, tidak dinafikan akan timbul pelbagai cabaran memandangkan hanya dua wakil pembangkang di DUN Melaka ketika ini.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan untuk meletakkan soal rakyat sebagai keutamaan selain mengamalkan satu politik matang.
“Setakat ini saya tidak ada masalah dengan semua wakil rakyat kerana kita semua sudah lama kenal dan macam mana sekalipun kami akan mengamalkan satu politik matang dan memperjuangkan hal rakyat dengan harapan kerajaan negeri dapat menjalankan apa yang telah diamanahkan,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#Dr Mohd Yadzil Yaakub
#Mohd Yadzil Ketua Pembangkang
#DUN Melaka
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan