awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Lanjutan kontrak MotoGP Malaysia dijangka diketahui bulan ini - CEO SIC
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoU: Akhirnya kerajaan akui PH bukan ancaman Melayu, Islam - Mahfuz

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
20/09/2021
10:52 MYT
MoU: Akhirnya kerajaan akui PH bukan ancaman Melayu, Islam - Mahfuz
MAHFUZ: "Terima kasih kepada semua yang mengakui kehadiran PH tidak lagi dilihat ancaman kepada Melayu dan Islam dalam negara kita." - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) oleh Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini disifatkan sebagai mampu meredakan suhu politik perkauman dan keagamaan yang sempit.
Ahli Parlimen Pokok Sena (PH), Datuk Mahfuz Omar berkata memorandum tersebut juga menyaksikan kerajaan akhirnya mengakui PH bukan lagi ancaman kepada masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.
Sebaliknya, PH yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP adalah penyumbang kepada kestabilan politik dalam negara, tambahnya.
"Jadi saya ucapkan tahniah mereka menyetujui kehadiran PH bukan lagi ancaman kepada Melayu dan Islam.
"Jadi saya harap selepas ini khususnya untuk pilihan raya akan datang ini jangan lagi bermain dengan isu perkauman yang sempit kerana ia boleh mengheret kepada pertelagahan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama dalam negara kita.
"Terima kasih kepada semua yang mengakui kehadiran PH tidak lagi dilihat ancaman kepada Melayu dan Islam dalam negara kita," katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14, hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.
Pada 13 September lalu, politik Malaysia mencatat sejarah buat kali pertama apabila kerajaan dan pembangkang menandatangani MoU dalam urusan pentadbiran negara.
Upacara menandatangani MoU yang dikenali Transformasi dan Kestabilan Politik itu diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mewakili kerajaan.
Manakala bagi pihak Pakatan Harapan (PH) diwakili Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Pemeteraian itu disaksikan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#Mahfuz Omar
#MoU Kerajaan dan Pembangkang
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan