PASIR MAS: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan DAP supaya jangan sesekali mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat terutama mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).
Annuar yang merupakan Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU itu berkata, sehingga kini 80 peratus perkara dalam MoU berkenaan telah dan sedang dilaksanakan.
"Terdapat beberapa perkara sahaja lagi seperti cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dan undang-undang berkaitan Anti Lompat Parti yang belum dilaksanakan, selebihnya dalam proses pelaksanaan dan berjalan dengan baik.
"Oleh itu, saya nasihatkan kepada DAP supaya tidak mengeluarkan kenyataan boleh mengelirukan rakyat seolah-seolah tidak ada persefahaman antara kerajaan dan parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan sumbangan banjir kepada 150 penduduk Kampung Serongga dekat Repek di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan sesekali tunduk dengan segala ugutan daripada mana-mana parti politik mengenai perkara yang boleh mengelirukan rakyat.
"Sebagai contoh semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (kini Pengerusi DAP Kebangsaan) kata nak tamatkan MoU antara kerajaan dan PH jika Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung Anti Lompat Parti tidak diluluskan di Parlimen.
"Ingin saya jelaskan, persefahaman ini berdasarkan komitmen dan keikhlasan tapi kalau DAP cuba mengugut, saya ingin tegaskan kerajaan tidak akan tunduk dengan mana-mana ugutan," katanya.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, banyak perkara perlu dilihat mengenai RUU berkaitan Anti Lompat Parti itu seperti perlembagaan, takrifan lompat parti dan persetujuan daripada semua parti politik.
"Dalam laporan terbaharu daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan beliau telah membuat rundingan awal dengan beberapa parti politik, malah ada yang meminta supaya mengambil masa sedikit untuk melakukan perbincangan dengan ahlinya berhubung perkara tersebut jadi bagi saya tidak timbul soal lulus atau tidak," katanya.
Semalam, media melaporkan DAP akan mendapatkan kepastian daripada kerajaan berhubung tarikh muktamad pembentangan RUU berkaitan Anti Lompat Parti di Parlimen.
Guan Eng berkata, parti itu akan mendapatkan kepastian daripada Ismail Sabri berhubung perkara itu, jika tidak, MoU antara kerajaan dan pembangkang daripada gabungan PH akan terbatal secara automatik.
Sebelum ini, Wan Junaidi dilaporkan berkata, rang undang-undang bagi Anti Lompat Parti itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat hanya selepas pandangan serta input semua pihak terlibat diperoleh dan semua sesi libat urus tamat.
MoU ditandatangani pada September lepas oleh Ismail Sabri dan pemimpin-pemimpin parti dalam gabungan PH sepakat bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan sebelum 31 Julai ini. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (kiri) menyerahkan kotak makanan kepada mangsa banjir di Kampung Serungga Repek, Rantau Panjang hari ini. - Gambar BERNAMA
'Bahang' iklim amat ketara di Asia, apa tindakan kita?
Pakar dari Institut Meteorologi Royal Netherlands, Carolina Pereira Marghidan menekankan penyampaian maklumat lebih berkesan menggunakan teknologi terkini segera diguna pakai dalam mendepani isu perubahan iklim yang semakin merosot sehingga menjejaskan kesejahteraan manusia.
Ia susulan kajian saintis serta pakar kumpulan World Weather Attibution (WWA) baru-baru ini mendedahkan bahawa Asia jadi benua paling ketara menerima kesan perubahan iklim dengan purata suhu ekstrem 40 darjah celsius di kebanyakkan kawasan, manakala suhu tertinggi 46 darjah celsius direkodkan di India pada bulan April. Ayuh bertindak! Kita #JagaBumi
#HariBiodiversitiSedunia #AWANIGreenAction
Ia susulan kajian saintis serta pakar kumpulan World Weather Attibution (WWA) baru-baru ini mendedahkan bahawa Asia jadi benua paling ketara menerima kesan perubahan iklim dengan purata suhu ekstrem 40 darjah celsius di kebanyakkan kawasan, manakala suhu tertinggi 46 darjah celsius direkodkan di India pada bulan April. Ayuh bertindak! Kita #JagaBumi
#HariBiodiversitiSedunia #AWANIGreenAction
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
MoU kerajaan - pembangkang: DAP jangan kelirukan rakyat, pesan Annuar
Kerajaan tidak akan tunduk dengan segala ugutan daripada mana-mana parti politik mengenai perkara yang boleh mengelirukan, tegas Annuar.