awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoU peruntukan pembangkang Kerajaan Madani mengekang, tidak transformatif - Bersatu

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
11/03/2025
10:45 MYT
MoU peruntukan pembangkang Kerajaan Madani mengekang, tidak transformatif - Bersatu
Tun Ismail berkata, MoU itu mempunyai syarat yang bersifat koersif dan boleh mengehadkan kebebasan Ahli Parlimen dalam menyuarakan isu-isu kepentingan rakyat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang yang ditawarkan Kerajaan Madani disifatkan sebagai mengekang dan tidak bersifat transformatif atau reformatif.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Ismail Aziz berkata, draf berkenaan jiga mempunyai syarat yang bersifat koersif dan boleh mengehadkan kebebasan Ahli Parlimen dalam menyuarakan isu-isu kepentingan rakyat, terutama yang berkaitan dengan bangsa, agama dan Raja-Raja Melayu.
"Syarat ini boleh ditafsirkan sebagai sekatan terhadap hak demokrasi dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Selain itu, dakwa Tun Ismail, MoU tersebut mengandungi elemen yang bercanggah dengan nilai tradisi, budaya dan moral masyarakat Malaysia, terutamanya dalam isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
"MoU ini turut mengandungi elemen yang bercanggah dengan nilai tradisi, budaya dan moral masyarakat Malaysia, misalnya dalam isu LGBT.
"Ahli Parlimen harus diberi kebebasan untuk mempertahankan dasar yang selaras dengan nilai dan norma masyarakat tanpa terikat kepada MoU yang ditetapkan kerajaan," ujarnya lagi.
Menurutnya, MoU itu juga tidak memperincikan jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang serta tidak menyediakan mekanisme yang jelas mengenai kaedah penyalurannya.
"Justeru keadaan ini dikhuatiri membuka ruang kepada ketidakpatuhan serta kemungkinan berlakunya manipulasi dalam pengagihan dana," jelasnya.
Pada masa sama, beliau berpendapat, tiada keperluan untuk Ahli Parlimen pembangkang untuk mengisytiharkan harta seperti dalam MoU kerana mereka tidak terlibat secara langsung dalam peruntukan kerajaan.
Topic Berkaitan
#kebebasan bersuara
#MoU
#Raja-raja Melayu
#Kerajaan Madani
#peruntukan pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan