awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoU Transformasi: Pejuang, Warisan, Muda diminta pertimbang semula keputusan - Mahdzir

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/09/2021
10:13 MYT
MoU Transformasi: Pejuang, Warisan, Muda diminta pertimbang semula keputusan - Mahdzir
Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata proses semak dan imbang akan tetap dilaksanakan selain tidak bermakna mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan jika menandatangani MoU itu. - Gambar fail
PADANG TERAP: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik (Muda) diminta mempertimbangkan semula keputusan tidak memeterai memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, demi kebaikan rakyat.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata proses semak dan imbang akan tetap dilaksanakan selain tidak bermakna mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan jika menandatangani MoU itu.
"Kita berharap bahawa parti-parti lain yang belum lagi membuat (menandatangani) MoU ini dapat mencari jalan supaya bersetuju dengan kerajaan untuk bersama dalam urusan berkaitan dengan COVID-19 dan juga pembangunan ekonomi semula.
"Dengan MoU ini, mereka tetap pembangkang... bukan maknanya bila dia tanda tangan tu dia jadi sebahagian daripada kerajaan... dia tidak jadi sebahagian daripada kerajaan sebab ini bukan 'unity government'," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan tiga parti yang menolak untuk menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.
Isnin lalu, kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik bagi membentuk satu kerjasama dwipartisan yang ampuh dan mantap selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah.
MoU itu merangkumi enam aspek iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.
Mengulas lanjut, Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, berkata tiga parti terbabit turut diharap dapat mencari jalan agar dapat bersama kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 dan membangunkan ekonomi.
Katanya, ahli politik tidak perlu sibuk bermain politik ketika krisis kesihatan sebaiknya memberi tumpuan terhadap kesusahan rakyat.
Mahdzir ditemui selepas menerima taklimat mengenai program tanam semula di Dewan Mesyuarat Pusat Pentadbiran Komuniti Felda Lubuk Merbau, di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#MoU Transformasi
#Warisan
#Pejuang
#Mahdzir Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan